Mothers – A Must See Reminder
October 31, 2008
Jazak Allah khayr to my boy Altamash for sharing this. Allah, soften our hearts. This should make us ponder, shake our hearts, and even cause us to shed a few tears.
May Allah forgive all of our mothers, make them stronger and give them happiness and ease in this life and in the next life in Jannah insha Allah.
May He help us to love them, and to be patient with them, and to be compassionate with them, to help them when they need it, when they ask for help or when they don’t, to be dutiful sons and daughters to them, and to love them unconditionally.
Get up and hug your mom right now. If you can’t, call her. If you can’t, e-mail her. If she has already passed away, make du’aa that Allah forgives her and forgives you insha Allah and unites both of you (and us) in Paradise, with all the mothers of the Ummah.
http://www.suhaibwebb.com/blog/general/mothers-a-must-see-reminder/
Ceritera:manusia dan bayang2
October 11, 2007
Apabila memikirkan peribaratan dunia dan akhirat, teringat kisah yang pernah diceritakan kepada saya suatu ketika dahulu. mengenai perihal seorang lelaki yang berdiri di tepi jalan di malam yang gelap gelita, hanya diterangi oleh sebuah lampu jalan tergantung tinggi di sebuah tiang.
Ia mengisahkan seorang lelaki yang mahu menangkap bebayangnya. Lelaki tadi mengejar bayang-bayangnya, tetapi malangnya bebayang tersebut semakin jauh dan menjadi semakin panjang malah sudah semakin mustahil untuk dia mencapai bayang-bayang tersebut. Akhinya, tanpa dia sedari, dirinya mulai jauh dari satu-satunya cahaya lampu di jalan yang gelap. Dia kini menuju kepada kegelapan dan menghampirkan dia kepada kesesatan.
Tetapi, dia lantas tersedar lalu berfikir sejenak. Katanya, “Sekiranya aku berjalan menjauhi cahaya, bebayang akan menjauhiku. Tetapi sekiranya aku berjalan ke arah cahaya, bayang-bayang ini pula akan mengikutiku”.
Lantas, dia berjalan menghampiri cahaya, dan apabila lampu tersebut betul-betul berada di atas kepalanya, benar seperti fikirnya, bebayang tersebut berada tepat di bawah kakinya.
Inilah perumpamaan dunia dan akhirat. Dunia diibaratkan bayang-bayang tersebut dan akhirat adalah lampu tersebut. Sekiranya kita mengejar dunia, kita akan melupakan akhirat dan akhirnya kita akan terus terjerumus ke jalan yang tiada berpenghujung. Kita akhirnya lemas, lupa dan sesat di dalam ketaksuban kita dalam mengaut untung dunia.
Walhal, kalau kita membelakangkan dunia dan mengejar akhirat, dalam erti kata berkerja untuk mendapat redha Allah s.w.t., dunia akan dengan sendirinya mengejar kita dan akhirnya berada tepat di bawah tapak kaki kita menurut kemahuan dan kehendak kita seperti mana yang pernah dirasai oleh umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w., sahabat dan sealaf selepasnya. Dunia menjadi hamba kepada mereka dan bukan sebaliknya. Begitu juga perihalnya kita.
Saudara. Berapa ramai dari kita mempunyai keperibadian yang sebegini? Cuba kita tanyai dan amati berapa ramai daripada keluarga kita, masyarakat kita, pemimpin kita, mempunyai mentaliti sebegini. Islam tidak maju hanya dengan majunya politik, ekonomi atau kewangan atau majunya keduniaan.
Sebaliknya Islam akan maju dengan majunya Iman. Islam dan umatnya mundur dengan mundurnya Iman. Dunia akan mengikut di belakang kemajuan Iman. Bukan sebaliknya. Berapa ramai dari kita terkeliru dan tertipu dengan hakikat ini. Hakikat Islam akan maju dengan mengejar dunia.
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah keseronokan yang memperdayakan” (Maksud Ali ‘Imran: 185).
My last piece of chocolate….
September 8, 2007
Tak payahlah anda bersusah payah meninggalkan tempat kediaman untuk mencari sifat-sifat kelebihan. Tinggallah anda dalam rumah mengisi perut dan bersolek(Az Zabarqan bin Badar r.a)
Lepas baca balik rangkap sajak ini, mungkin saya kena fikir betul-betul adakah yang saya makan itu daruriat ataupun sekadar kamaliat…elaun naik saja, gaya kehidupan pun nak berubah…ubah sikit mungkin diterima tapi kalau dah banyak sangat makanan tambahan ,rasanya dah sampai tahap kamaliat tu…pastuh elaun rasa tak cukup, betullah sabda Nabi SAW, ‘manusia jika diberi emas segunung uhud pun tidak akan cukup’. Role model terhebat tentang perkara-perkara ni, ialah Nabi SAW…lihat bagaimana Baginda meletakkan minimum threshold buat ikutan sahabat dan umat ini…
Wallahu’alam