Dialog orang soleh

September 5, 2009

Sahabatku,

Dialog yang terjadi dengan orang-orang soleh, selalu penuh nasihat dan bahkan sindiran yang begitu kuat menancap di hati. Seperti pertanyaan yang pernah diajukan seorang soleh bernama Muhammad bin Wasi ’rahimahullah kepada orang-orang di sekelilingnya, “Apakah kamu hairan, jika kamu melihat seseorang menangis di syurga?” Orang-orang yang berada di sekitar Muhammad bin Wasi ’ menjawab pasti, “Tentu saja kami hairan wahai Syaikh.” Lalu Muhammad bin Wasi ’ mengatakan, “Seharusnya kita lebih hairan apabila melihat seseorang yang masih hidup di dunia, tertawa terbahak, sementara ia belum tahu bagaimana akhir perjalanannya di akhirat kelak….” Kita, begitu memerlukan dialog-dialog seperti ini. Dialog yang keluar dari lisan seorang soleh, dan langsung menyentak kesedaran. Muhammad bin Wasi ’rahimahullah yang mengucapkan nasihat begitu menusuk hati tadi, adalah seorang salafusoleh di zaman Tabi ’in yang terkenal kerana doa-doanya sering dikabulkan Allah swt. Ucapannya tadi, Read the rest of this entry »

Ketika ibadah Ramadhan tahun lalu kita akhiri, salah satu harapan yang merasuk kedalam jiwa kita adalah keinginan untuk menjumpai dan menikmati bulan Ramadhan pada tahun berikutnya. Alhamdulillah, harapan itu telah Allah SWT penuhi dengan memberikan kita peluang untuk berpuasa pada 1 Ramadhan 1430H. Kalau kita begitu berharap untuk menikmati kembali ibadah Ramadhan pada tahun ini, ia tentu sekali satu bulan yang sangat istimewa. Justeru kehadiran Ramadhan pada tahun ini tidak akan kita sia-siakan begitu saja. Sebagai orang yang gembira atas kedatangan kembali Ramadhan dan kita antara yang terpilih utnuk  memasukinya, maka Read the rest of this entry »

Di manakah tingkat anda?

October 3, 2007

Assalamualaikum wbt, sudah lama tidak menulis di blog ini..sedikit kesibukan menyebabkan penulisan tergendala..tup2..skang dh masuk 10 hari terakhir Ramadhan..sedihnye bile kekasih sudah mahu beredar…Anyhow, di pihak kita….apa hasil dari tarbiyah Ramadhan ini?adakah menjadi lebih baik atau sebaliknya?Mampukah kita untuk istiqamah di bulan2 yag lainnya?Mari kita lihat di manakha kedudukan puasa kita setelah hampir 21 hari berlalu….

Pertama: Puasa Umum (as-sawm-al- ‘umum)

Puasa orang awam yang sekadar menahan diri dari makan, minum, dan bersetubuh dengan isteri di siang hari.
Puasa ini sangat mudah kerana kanak-kanak tadika juga senang sekali disuruh berpuasa.
Tingkatan puasa ini tidak mampu untuk membentuk identiti sesorang menjadi muslim yang tawadhuk. Akhlak tidak dapat dididk dengan puasanya yang sebulan itu.

Kedua: Puasa Khusus (as-sawm-al- khusus)

Tingkatan kedua ini lebih tinggi daripada puasa orang awam.
Puasa khusus dapat menghindarkan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota zahir daripada segala bentuk dosa.
Tetapi, tidak dapat mencegah diri dari berfikir mengenai keseronokan dunia.

Ketiga: Puasa Khusus yang Khusus (as-sawm al-khusus-ul- khusus)

Ianya peringkat puasa yang paling istimewa, puasa golongan muqarrabin, iaitu golongan yang dekat dengan Allah s.w.t. Jiwa mereka, zahir dan batin mereka sentiasa bersih.

Merupakan puasa hati dan pemikiran dari segala maksud yang bersifat keduniaan dan menghindarkan hati daripada mengingati selain Allah swt secara keseluruhan.

Maka dengan itu para pembaca, sentiasalah kita cuba untuk mencapai tingkatan puasa yang dapat mendidik diri kita untuk menjadi hamba yang dekat kepada Tuannya.

Biar amalan dipertingkatkan sedikit demi sedikit, asalkan ianya konsisten.
Jangan sesekali didorongi nafsu untuk membuat perubahan drastik dalam mengejar amalan kerana dibimbangi perubahan itu nanti tidak berpanjangan.

Sama-samalah kita istiqamah dalam setiap amalan.
Wallahua’lam.

Bulan ketaqwaan

September 16, 2007

“Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (2:183)

Ayat di atas merupakan ayat yang selalu kita dengari dalam kuliah-kuliah Ramadhan atau apa sahaja majilis apabila Ramadhan kembali bertemu dengan kita. Namun sering kali kita tidak tahu atau memang sengaja tidak ambil tahu akan maksud di sebalik ayat tersebut. Bagi sesetengah dari kita, ayat di atas hanya menggambarkan satu kewajipan untuk kita berpuasa di bulan yang mulia ini. Namun apa yang terpenting yang ingin saya bawakan di sini ialah perkataan ‘tattaqun’ di penghujung ayat tersebut. Ayat yang menyeru kita menggunakan Ramadhan ini sebagai BULAN MENUJU KETAQWAAN.

Dalam dunia ini ada pelbagai jenis manusia yang pelbagai darjatnya:

1-Manusia biasa yang tidak Islam

2-Muslim; manusia yang mendapat hidayah untuk menganut islam

3-Mukmin;muslim yang beriman dengan sebenar-benarnya

4-Mukhlis; mukmin yang ikhlas dalam amalnya

5-Mukhsin; mukmin yang di dalam fikiran dari bangun pagi nya senantiasa memikirkan untuk melakukan kebaikan setiap masa

6-Muttaqin; mukmin yang mencapai darjat keatqwaan yakni darjat tertinggi di sisi Allah seperti firmannya, inna akramakum indAllahi atqakum…sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa.

Jelaslah di sini, Allah menjadikan Ramadhan ini untuk menolong hamba-hambanya yang beriman bagi meningkatkan darjat mereka, dari sekadar muslim yang biasa-biasa kepada mukmin yang bertakwa. Lihat bagaimana Maha Pemurahnya Allah SWT memberikan kita satu peluang untuk kita meningkatkan darjat kita..free of charge…yang tinggal hanyalah usaha kita untuk mencapai nya…dan antara perkara2 yang penting sebelum kita dapat meng’optimize’ Ramadhan ini ialah sejauh mana keimanan kita kepada Allah kerna seruan puasa ini adalah untuk orang-orang yang beriman. Ada sahaja di kalangan kita, yang iman nye belum sempurna kerana tidak lengkap elemen yang tiga iaitu meyakini dengan hati, membenarkan dengan lidah, dan membenarkan dengan amal. Jika salah satu nya hilag, maka rosaklah keimanan kita. dan ini boleh membuat jatuh nya darjat kita kepada munafik atau kafir. Nauzubillah min zalik.

Maka saya menyeru kepada sahabat-sahabat agar menggunakan sebaik mungkin peluang yang terhidang ini untuk meningkatkan darjat kita menjadi golongan muttaqin. InsyaAllah banyak ganjarannya yang akan saya kupas untuk posting akan datang. Sekadar itu sahaj untuk kali ini, moga Allah SWT memberi kesempatan kepada saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu yang saya ada, walaupun disibuukan dengan kerja-kerja sekolah yang banyak

Waalhu’alam

kedua kalinya

September 14, 2007

assalamualaikum, berjumpa buat kali kedua nya…hmm…di sebabkan sedikit kesibukan mid sem exam…post kedua untuk ramadhan hanya dapat saya lakukan lewat malam…dah nak masuk hari ke-3…tapi tidak mengapa…asalkan konsisten hendaknya..satu perkara atau elemen yang dari dulu saya bermasalah dengannya..

 

insyaAllah untuk kali ini…hanya sedikit perkongsian hadith dalam English, moga2 bermanfaat…insyaAllah amal yang sedikit dan konsisten lebih baik dari banyak yang sekali setahun…

 

In a hadeeth reported by Abu Hurairah (RA) the Holy Prophet has said: “My Ummah has been given five characteristic honors in the month of Ramadan, which have not been given to any other ummah before.


1. The smell coming out from the mouth of a fasting person is better with Allah than the smell of musk.


2. Fishes (in the water) keep praying Allah to forgive the fasting persons until they make iftar.


3. In everyday of Ramadan, Allah decorates the Jannah and addresses it saying, “It is not too far that my righteous servants shall throw away the burdens (of the worldly life) and shall proceed towards you.”


4. The rebellious satins are shackled in this month, and they cannot do in it what they do in other days (i.e. instigating men and women to commit sins.)


5. In the last night of this month, they (the fasting person) are granted amnesty.”.

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan

September 13, 2007

assalamualaikum, alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kepada Allah kerana masih menyampaikan diri ini kepada Ramadhan al-Mubarak.moga2 diri kita semua mampu untuk menjadikan Ramadhan kali ini penuh bermakna…moga2 ia menjadi bulan tarbiyah untuk kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah….insyaAllah sepanjang Ramadhan ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada agar kita semua mendapat pengisian berterusan dalam menajdi mukmin yang bertakwa..dan jangan lupa sampai-sampaikan lah kepada rakan-rakan yang lain =)

“Hai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu dari kamu agar kamu bertaqwa” (2:183)

Alangkah indahnya bagi jiwa mukmin apabila mendengar ayat tersebut, menantikan Ramadhan dengan hati yang penuh khusyuk dan tawadhuk. Bulan mulia yang dinanti-nantikan…bulan yang dipenuhi segala barakah. Bahkan hati-hati mukmin itu senantiasa berseru,”YA Allah Sampaikanlah kami di bulan Ramadhan“. Jiwa yang sensitif akan merasakan kelainan yang ada dalam Ramadhan dan senantiasa ternanti-nanti kerana inilah masanya untuk menambah ketaatan kepada Allah, walau apa jua keadaan, dengan komitmen Ubudiyah yang berterusan. RAmadhan yang penuh berkah harus kita jadikan sebagai momentum untuk menyelamatkan masyarakat dengan melakukan taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) melalui pelbagai aktiviti ibadah.

Dan saat ketikanya Allah menjadikan islam sebagai rahmat buat alam semesta; ketika Allah mengkehendaki umatIslam menjadi khairu ummah; ketika Allah mengkehendaki umat Islam memikul amanah untuk memimpin dunia; ketika Allah mengkehendaki umat Islam menjadi saksi bagi seluruh umat manusia, maka ketika itulah Allah mempersiapkan umat Islam sedemikian rupa, agar umat Islam ini layak menjadi umat terbaik. Elemen terpenting ini terdapat pada generasi-generasi terdahulu yang telah menguasai 2/3 dunia di saat kegemilangan Islam yakni-KETAQWAAN-

Justeru Ramadhan hadir di tengah-tengah kita dalam rangka menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik yang layak memimpin dunia. Oleh itu marilah kita memahami puasa di bulan Ramdahan sebagaimana diharapkan oleh Allah SWT agar kita keluar sebagai produk yang benar-benar terbaik dan berkualiti:

1- Self control month; Puasa suatu ibadat yang berkaitan dengan keimanan seseorang. Semuanya adalah antara kita dengan Allah, “Setiap amal manusia untuk dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Akulah yang membalasnya” (Hadith Qudsi). Oleh itu puasa disebut ibaadah sirriyah (bersifat rahsia) kerana boleh saje kita katakan kita berpuasa sedangkan sebenarnya tidak, tetapi Allah mengetahui. Sepanjang period puasa juga kita lebih banyak control diri dari melakukan sesuatu yang mana boleh mengurangkan pahala puasa atau membatalkan nya. Suatu cara terbaik untuk mengekang hawa nafsu. Justeru, patut kita fahami bahawa ianya tidak terbatas di bulan ini sahaja malah sepanjang hayat kita jika kita betul-betul memahami erti puasa ini. Ibadah sirriyah ini ini adalah sangat dekat denga keihkhasan kerana hanya kita yang tahu setakat mana kualiti puasa kita sedangkan orang lain tidak tahu. Inilah dikatakan bahawa puasa melatih kita untuk mempunyai hogh self-control attitude dalma diri. Kita tidak merasa di kawal oleh yang lainnya, tetapi terpenting sekali kita sedar bahawa kita dikawal oleh Allah SWT.

2-Obses kepada akhirat-puasa mendorong kita untuk lebih memikirkan tentang akhirat. Liaht sendiri bagaiman ramainya manusia yang beramal di bulan ini walaupun sebelunya, kita tidak pernah melihatnya di masjid-masjid atau majlis ilmu. Seolah-olah, ramadhan ini menjadi magnet untuk manusia melebihakan akhirat dari dunia. Di dalam Al-Quran sendiri menyebutkan nikmat dunia itu sebagai mata’ dan bukannya nikmat yang bermaksud sesuatu yang disukai oleh manusia, tetapi sedikit demi sedikit akan hilang. Oleh itu hendaknya kita gunakan Ramadhan agar hari-hari yang dilalui selepasnya, digunakan untuk mencapai matlamat akhirat yang kekal abadi melalui medium2 seperti harta, anak, isteri dsb. marilah kita berdoa “Ya Allah, jangan jadikan dunia dalam hati kami”. Doa yang sering dibaca tetapi dalam perbuatan, lain pula yang tergambar. Moga dipermudahkan.

3-Al-Hasasiyyah al-ijtima’iyyah  -Puasa melahirkan insan yang mempunyai kepekaan sosial yang tinggi.  Kepekaan-kepekaan kita terhadap nasib umat Islam di seluruh dunia, kepekaan kita terhadap pelakuan maksiat kita, kepekaan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan segala macam kepekaan-kepekaan nurai yang akan membawa kita dekat kepada Allah. Hanya hati yang dekat kepada Allah berhak menerima bantuanNya dan berhak untuk menjadi yang terbaik dalam memimpin dunia ini. Inilah kepekaan-kepekaan yang menaglir dalam diri kita semasa berpuasa sebagaimana dikehendaki Allah. Jangan pula kita merasa berat kerana Rasulullah SAW dan sahabat serta para tabi’in banyak menggunakan bulan Ramadhan untuk berjihad di jalan Allah seperti tergambar dalam sirah Perang Badar, Fathu Makkah da perang ‘Iinu Jaalut. Pasukan kebenaran yang sedikit ini mampu mengalahkan kebatilan yang besar. Oleh itu, anggaplah Ramadhan yanag kita sedang lalui sebagai wasilah untuk memberi kita kemenangan melawan hawa nafsu, kemenangan bangsa, kemenangan umat Islam mengahadapi krisis global dan kemenangan Palestin yang sedang dihenyak Yahudi.

Akhir kata, jadikanlah ramadhan ini sebagai momentum buat kita kembali kepada Allah sehingga mencapai kemenangan yang hakiki.