Masa adalah Kehidupan
July 26, 2009
Allah berfirman:
“Demi Masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang yang sentiasa berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran (Al-Asr:1-3)
Menyingkapi ayat ini, Imam Syafie rahimahullah berkata, Read the rest of this entry »
Al-Israf
March 28, 2009
Al-Israf
– Dr Said Mohammad Noh
Bermaksud:
§ berlebihan dalam berbelanja mengikut syarak
Factor penyebab
§ Datang dari keluarga yang kaya/ senang
§ Datang kesenangan setelah lama hidup dalam susah/ miskin
§ Berkawan dengan mereka yg suka berboros Read the rest of this entry »
Mesin Taip Buruk
September 9, 2008
Sewaktu saya mengetuk-ngetuk papan kekunci PC saya, ingatan saya menerawang jauh ke sebuah peristiwa yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu. Kalau tidak salah saya ketika itu saya masih di sekolah menengah.
Ianya berlaku di dalam sebuah program yang menghimpunkan para kepimpinan persatuan dan sekolah di sebuah lokasi. Apa yang hanya ingin saya ceritakan di sini ialah pengalaman yang saya lalui ketika satu slot modul yang dilaksanakan di dalam program tersebut.
Modul itu mudah dan ringkas. Kami diberikan sehelai kertas yang bertulis seperti di bawah:
INI KISXH MESIN TXIP YXNG BURUK:
MESIN TXIP INI SUDXH BURUK. SUDXH LXMX SXYX MENGGUNXKXNNYX. SEKXRXNG SXYX BERCXDXNG HENDXK MEMBELI SEBUXH KOMPUTER YXNG BXRU DXN JXUH LEBIH CXNGGIH DXRI MEXIN TXIP BURUK INI. MESKIPUN MESIN TXIP INI BURUK, IX BXNYXK BERJXSX; TETXPI SEKXRXNG IX TIDXK BOLEH DIGUNXKXN LXGI. JXDI MESIN TXIP BURUK INI SXYX RXSX ELOK DISIMPXN SXJX DI DXLXM STOR.
Saya mencari apa maksud modul itu. Selain ayat-ayat yang sengaja ditulis dalam keadaan yang salah penggunaan abjad, apa istimewanya modul itu. Saya mula berfikir.
Saya melihat hanya abjad A yang tidak digunakan. Sebaliknya huruf A digantikan dengan penggunaan huruf X. Tetapi perkataan yang ditulis tidak mampu disebut sebagaimana huruf A berperanan. Mungkin kerana huruf A ini luas penggunaannya maka walaupun diganti dengan huruf X masih mampu diagak untuk membacanya. Namun kita masih tetap mampu meneka apa kandungan perenggan tersebut.
Apalah sangat harga sebuah mesin taip buruk itu? Kalau huruf A nya sudah rosak, dan tidak boleh digunakan lagi. Betullah tindakan tuannya supaya membeli komputer yang jauh lebih canggih bagi menggantikan mesin taip yang buruk dan rosak itu.
Namun jika dilihat dari sudut yang lain, ada beberapa pertimbangan dan pendapat yang boleh diutarakan. Antaranya ialah:
- Huruf-huruf adalah seperti seorang ahli dalam sesuatu kumpulan yang mana mempunyai peranannya yang tersendiri. Setiap huruf mempunyai sebutan yang tersendiri seumpama seorang ahli yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan nya yang unik. Oleh itu bukan semua orang akan sama seperti dalam cerita mesin taip tadi. Walaupun X cuba menggantikan fungsi A, namun ia tetap tidak sama.
- Walaupun A sudah tidak lagi berfungsi, X cuba untuk menggantikan A dalam erti kata X sanggup berkorban bagi menyelamatkan keadaan. Meskipun X bukanlah layak untuk mengambil tempat tersebut. Namun sekiranya X tidak cuba berfungsi seperti A, maka keadaan mungkin menjadi lebih teruk.
Dari kedua-dua perumpamaan di atas, dapat kita lihat bagaimana A dan X bekerja dalam satu pasukan dalam menyampaikan mesej tentang mesin taip buruk itu. Inilah yang dikatakan teamwork atau dalam istilah arab nya amal jamaie. Suatu konsep yang cukup sukar untuk di laksanakan oleh masyarakat yang bersifat individualistic pada dunia hari ini. Amal jamaie memerlukan disiplin-disiplin tertentu dari ahli-ahli nya agar misi yang di bawa tercapai. Sebagai contoh bagi seorang yang ingin membawa risalah islam, seseorang itu perlu bekerja dalam satu pasukan. Sirah sendiri menunjukkan bahawa Nabi SAW bergerak dalam satu pasukan. Setelah mendapat wahyu, Nabi terus menyampaikan nya kepada Abu Bakar. Abu Bakar pula mengislamkan 6 orang lagi sahabat pada malam beliau memeluk islam. Kita lihat bagaimana sahabat faham islam yang dinamik dan memerlukan pendokong-pendokong yang bergerak dalam amal jamaie.
Akhir kata, bersama lah kita mengambil pengajaran dari kisah mesin taip buruk ini dalam kita bergerak di dalam satu pasukan yang tersusun. Ingatlah bahawa kebaikan yang tidak tersusun akan kalah kepada kebatilan yang tersusun. Terimalah setiap ahli atau sahabat sekeliling kita seadanya. Paling penting, setiap dari kita memainkan peranan masing-masing dan cuba memaksimumkan kelebihan diri yang ada dalam menyampaikan risalah yang telah kita faham.
MariMenjadiSepertiLebah
July 21, 2008
Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.
15 May…..Nakba
May 16, 2008
Assalamualaikum buat semua pembaca blog, terima kasih atas sokongan anda. Untuk kali ini, saya paparkan sebuah artikel yang di kirim oleh Dr ZainurRashid…luangkan sedikit masa untuk membaca nya di sebalik kesibukan kita meraikan Hari Guru atau berusaha menyiapkan asemen2 kita yang tidak pernah habis….
MuqaddimahHakikat kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, beberapa kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuh an antarabangsa dan Tragedi Deir Yassin yang berlaku 60 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.
Lokasi
Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.

Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.
Latar Belakang Tragedi Deir Yassin
Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabila secara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181′ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.
Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan Negara Haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.
Tragedi Deir Yassin
Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampung mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.
Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.

Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.
Kata-kata saksi
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah: -
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,“Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.
Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,“Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.

Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata, “Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.
Angka korban yang besar
Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.
Siapakah arkitek kepada tragedi ini?
Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.
Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.
Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata, “Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”.
Kesan Deir Yassin
Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.
60 tahun selepas Deir Yassin
Kini telah 60 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.
Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.
Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.
Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?
Semoga Palestin dan Al Aqsa terbela!
Dr Zainur Rashid Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban
Ukuran ilmu dengan AMAL
October 16, 2007
Assalamualaikum bloggers sekalian, diharapkan semua nya sihat walaupun makan pelbagai jenis makanan dalam beberapa hari raya ni. Saya sendiri dah pening2 makan banyak sangat rendang daging apabila menghadiri open house yang dibuat. Alhamdulillah raya tahun ni lebih meriah dari tahun lepas. Lebih meriah lagi kerana saya sendiri dapat menyambung amalan di bulan puasa walaupun sekarang di bulan Syawal. Dan itu yang sepatut nya berlaku. Taribiyah Ramadahan adalah persediaan buat kita untuk menghadapi 11 bulan mendatang. Penerusan amalan di bulan2 beikut nya adalah anatara indicator keihkhlasan kita dalam amal di bulan Ramadhan dan juga tanda Allah menerima puasa yang kita.
InsyaAllah sedikit peringatan buat diri saya sendiri tentang ilmu dan amal. Petikan dari kata2 Ibn Qoyyim;
“Hendaknya kita mengukur ilmu bukan dari tumpukan buku yang kita habiskan. Bukan dari tumpukan naskah yang kita hasilkan. Bukan juga dari penatnya mulut dalam diskusi tak putus yang kita jalani. Tapi…dari amal yang keluar dari setiap desah nafas kita”.(Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah)
Suatu ungkapan yang sangat relevan dengan kehidupan kita. Andai diperhatikan, terlalu ramai orang yang banyak ilmu di dunia ini namun hakikat nya dia adalah seorang yang bodoh. Kenapa?kerana setinggi mana ilmu yang ada, jika tidak membawa kepada amalan, maka tiada berguna. Itu menunjukkan bahawa seseorang itu tidak memahami ilmu yang dia ada. Lihat sahaja ilmuwan barat, walaupun bertaraf Prof, namun masih tidak dapat mengenal Penciptanya.
Kadang-kadang dalam dunia ini, ada orang yang sangat cintakan ilmu sehingga sanggup berhabis duit membeli buku2 sehingga boleh wujud mini perpustakaan di rumahnya. Atau menghabiskan masa berjam2 membaca info2 di web. Semua nya dilakukan dengan reason untuk menambah ilmu. Hakikatnya, orang tersebut hanyalah mempunyai kepala yang besar yang sarat dengan ilmu. Tapi badan dan hati yang kecil kerana tiada nya rasa izzah dan kurangnya amalan. Walaupun beribu buku yang dibaca, walaupun tinggi ilmu yang dicapai, dia tetap statik. Tidak dinamik seperti mana sifat islam itu sendiri. Siapakah contoh oang yang banyak ilmu dan dinamik??
Siapa lagi kalau bukan junjungan besar Nabi SAW. Baginda adalah orang berilmu yang dinamik. Dinamik di sini bermaksud beramal. Setiap ilmu yang di miliki berjaya diterjermahkan sebagai amal yang kolektif. Dan itu lah fitrah islam dan muslim itu sendiri. Kita sepatut nya begitu. Biarlah ilmu tidak setinggi mana, yang penting kita optimize dan maximize ilmu yang ada. Jadikan nya sebagai amalan. Ingat, umat ini perlukan seseorang yang mampu beramal. Bukan yang hanya duduk di kerusi empuk di mana-mana rumah atau library untuk membaca buku. Bukan tidak penting tapi yang lebih prioroti adalah bergerak untuk membaca dan menulis manusia. Teringat satu sindiran seorang yang di zaman sahabat;
“Tak payahlah anda bersusah payah meninggalkan tempat kediaman untuk mencari sifat2 kelebihan. Tinggallah anda dalam rumah mengisis perut dan bersolek”(Al-Hatiah)
Sesungguhnya bagi orang yang jiwa nya sensitif tentang umat dan jelas matlamat nya, maka syair di atas mampu memnggugah nya untuk bangkit dan bergerak untuk beramal. Bangkit untuk duduk bersama sahabat yang ingin menyelamatkan maruah ummat ini. Bangun dari tempat tidur dan bergaul dalam masyarakat.
Moga2 apa yang tertulis ini mampu menggerakkan diri saya sendiri dalam beramal. Peringatan ini khas buat saya dan sesiapa yang merasakan dirinya masih tidur atau masih malas untuk bergerak dan beramal. Tinggallah kerusi, dan bersamalah umat yang memerlukan diri antum semua.
Moga bermanfaat. Wassalam.
Kita adalah pemimpin
October 9, 2007
Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinannya”
Umar bin Khattab berkata,
“Belajarlah kamu sebelum menjadi pemimpin”
Kita semua adalah pemimpin, minimum untuk diri kita sendiri. Begitulah dan bersyukurla, alhamdulillah. Mari kita lantunkan segala puji kepada Allah yang telah menganugerahkan fitrah kepimpinan buat kita, umat Islam, umat mulia, umat pertengahan, umat pilihan. Seperti doa yang selalu kita baca setelah solat,
“Ya Tuhan kami, anugerahilah kami dari isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (qurrata a’yun), dan jadikan kami imam (pemimpin) bagi orang-orang bertaqwa.” (Al-furqan: 74).
Begitulah hakikat kita sebagai pemimpin, namun suatu perkara yang perlu kita titik beratkan ialah persediaan kita untuk memimpin. Paling tidak memimpin diri. Mungkin saat ini Islam tidak memimpin dunia. Namun, matlamat kita jelas untuk menjadi order dunia yang baru. Kepimpinan itu hanya akan Allah kurniakan bila mana umat Islam telah bersedia untuk menjadi pemimpin.
Apakah persediaan anda?Tidakkah anda melhat bagaimana kejayaan tokoh2 terdahulu dalam kepimpinan mereka?Bagaimana Bilal menjadi muadzin Nabi? Bagaimana Khalid al-Walid mendapat gelaran pedang Allah?Bagaimana Sultan al-Fatih membebaskan Constinopel?Semua dari mereka mempunya satu persamaan..iaitu Tarbiyatul Islamiyah. Sebelum kita mampu untuk memimpin dunia, kita perlu ada kefahaman Islam yang cukup jelas.Kerana ini adalah salah satu elemen yang constantdan ciri terpentinh untuk memastikan iman kita senantiasa konsisten.Mungkin kita pemuda yang memnpunyai semangat yang tinggi apabila tersedar dari tidur atau lamunan kita, namun hakikatny, semangat itu akan hilang jika mana tiada tarbiyah. Hanya melalui tarbiyah yang berterusan dapta memastikan kesinambungan kita dalam memahami Islam.
Jadi, ayuhlah para pemuda, mari kita berusaha membuat persediaan sebagai pemimpin. Mari melangkah, meneruskan kerja para muasis dakwah generasi pertama yang meletakkan dasar kebangkitan, generasi kedua yang membangun manhaj, dan kita generasi ketiga membangun dan mengukuhkan sistem yang kukuh. IMPIAN SEMALAM, HAKIKAT HARI INI. Yang penting, komitmen kita terhadap matlamat ini.
Wallahu’alam.
Jendela untuk Bahagia
October 9, 2007
Imam Syafie rahimahullah mengatakan,
“Tiada seorang Muslim pun yang selalu taat dan tidak pernah melakukan maksiat kepada Allah. Tiada juga seorang Muslim pun yang selalu bermaksiat pada Allah dan tidak pernah taat kepada-Nya. Barangsiapa yang ketaatannya lebih tinggi dibandingkan dengan kemaksiatannya, dia sudah dikatakan orang yang adil. Apabila keadaan seperti itu dikatakan adil, maka pelakuan adil saudaramu untuk memenuhi hak dirimu itu lebih utama. Sebagaimana engkau diwajibkan mengekang lisan dari membicarakan keburukan saudaramu, engkau juga wajib mengekang hatimu. Yakni dengan meninggalkan sikap su’uzhan (buruk sangka)”.
Inilah sikap minimum seorang Muslim, dia membersihkan dirinya dari pelbagai penyakit hati. Jadi, perkara berikutnya ialah, apakah selama ini kita sudah mnjadi orang yang bermafaat pada masyarakat?Suatu persoalan yang kita sendiri tahu jawapannya. Di tengah kerosakan akhlak kebanyakan pemuda, adakah kita juga salah seorang dari mereka, yang mengundang banyak masalah kepada masyarakat dengan pelbagai masalah sosial. Kebahagiaan jiwa hanya akan lahir apabila kita mampu memberi kebaikan kepada orang lain. Menjadi seorang Muslim yang bermanfaat. Satu kepuasan jiwa yang luar biasa. Kehadiran kita untuk memberi solution bukan untuk membebankan. Dia bukan lilin yang menerangi sambil membakar diri. Tetapi dia ibarat air suci lagi menyucikan, peribadi shalih wa musleh.
Begitulah cara orang cerdas memahami dirinya sehingga senantiasa tahu “dashboard” keimanan dan display kehidupan yang terbentang di depan matanya. Maka apabila kita kalah dan gagal, jangan salahkan sesiapa, muhasabah diri kita, bagaimana solat kita, puasa kita, tilawah kita dan ibadah2 yang lain..adakah up to the standard yang ditetapkan oleh Allah.
InsyaAllah, sedikit kata2 di atas moga2 membnatu kita semua untuk mendapatkan kunci bagi membuka jendela kebahagiaan, menuju jannah Ilahi.
Ameen.
Why do some people become ugly?
September 7, 2007
assalamualaikum bro and sis, hope everyone in the full strength physically and mentally to face the barakah motnth, Ramadhan al-Mubarak…anywhere let get to our topic for today…have you ever wondered why so many people were bright and beautiful as children, however, as they grew older thier innocence and beauty eluded them?Well wonder no more..i will share something from Shaykhul Islam Ibn Taimiyah to answer this. He explained to us:
“The person who is righteous and honest, his honesty is manisfest from the radiance on his face, and his honesty can be known from the glow that isn on his face, likewise the (opposite for the) sinful one and the liar. The older a persongets, the more this sign becomes apparent. Thus a peson as a child would have a bright face, however if he becomes a sinful person, adamant on committing sins, at the older stages in his life, an ugly face would manifest that he used to internalise, and the opposite is also true. it has been narrated that Ibn Abbas ra. said ‘Indeed righteousness illuminates the heart, radiates the face, strengthens the body, increases provision, and produces a love in the hearts of the creation for that person. Whereas sinfulness darkens the heart, grey the face, weakens the body, and produces hatred in the hearts of creation for that person.’
It is possible that a person may not intentionally lie; he may even be a person who makes great effort in ibadah and has zuhud (abstains from pleasures of this life that are lawful). However he has false, incorrect aqeedah reagarding either Alla SWT, His deen or His Messenger SAW or His righteous servants. And what is on the inside affects what is on the outside. Thus, this false, incorrect aqeedah that he thought was true and correct reflects on his face, and his face would be dark in accordance with the level of falsehood he possess. As it has been narrated that ‘Uthman ibn Affan ra said,’No one ever hides evil within themselves except that Allah makes it manifest from his facial outlook and the statements his tounge utters.’ Hence some of the salaf used to say, ‘If a person of innovation were to dye his beard everyday, the dye of innovation would remain on his face.’ On the day of judgement this would be very clear as Allas says,
“And on the day of Resurrection you will see those who lied againts Allah their faces will be black. Is there not in Hell an abode for the arrogant ones?”(Az-zumar)
He Ta’ala also said,
“On the day when some faces will become white and some faces will become black; as for those whose faces will become dark(to them will be said):”Did you reject Faith after accepting it?Then taste the torment for rejecting Faith.”(Ali-Imran)
Ibn Abbas and other said regarding this verse, ‘the bright faces will be ahlus-sunnah and dark faces will be the people of bid’ah and division”
Thats the answer from Ibn Taimiyah, and i hope with Ramadhan coming, we try our best to stop doing any sins and ask forgiven from Allah. May Allah gives us Taufik and hidayah. Wassalam.