Yang terakhir kalinya untukmu di bumi Kangaroo
September 9, 2009
Sahabatku, izikan saya berbicara dan menuturkan beberapa kisah untukmu.. untuk kau merenung, dan bercita-cita, kerana impian adalah titik mula kepada segalanya.
Umar pernah bercita-cita, mengimpikan para pemuda. Anda tahukan, yang Mu’adz ibn Jabal seorang faqih yang diutus oleh Rasul ke Yaman? Ketika itu usianya masih muda. Begitu juga dengan Salim: ia termasuk salah seorang perawi hadis. Usianya juga masih muda. Dalam sejarah Islam juga dikenal Muhammad Al-Fatih, pembebas kota Konstantinopel. Saat itu usianya tidak lebih dari 22 tahun.
Sahabatku sayang,
Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang zuhud, senang beribadah dan berjihad, suatu kali pernah berkata. Read the rest of this entry »
Tabahlah Wahai Hati
July 30, 2009
Dari jiwaku yang rasional untuk hatiku yang tergugah…
Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya
Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan Read the rest of this entry »
Selamat Hari Lahir
July 28, 2009
Sudah menjadi kebiasaan kepada saya untuk memberi sesuatu kepada sahabat yang menyambut hari lahir, tapi kali ini tidak sempat prepare apa. Sebagai gantinya saya hadiahkan beberapa bait kata buat Muhammad Nur farhan dan mana-mana sahabat yang tidak sempat menerima hadiah dari saya pada tahun ini,
Usia kita bagaikan daun yang telah kering
Menunggu jatuh kalaulah ia tertiup angin
Tak tahu bilakah akan datang hujungnya
Namun pastilah saat kita kembali padaNya Read the rest of this entry »
Tekad yang Kuat
July 27, 2009
Hidup selalu menuntut perubahan kerana perubahan itu tanda kehidupan sebagaimana berubahnya saiz fizikal kita dari bayi sehinggalah dewasa. Maka perubahan itu satu fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT. Untuk mengadakan perubahan, pembaikan dan penjagaan diri, perlukan kesungguhan dan komitmen. Allah berfirman, Read the rest of this entry »
Ukhuwwah
May 4, 2009
Sekadar renungan buat mereka yang mendambakan ukhuwwah sejati;
“”Jangan kita menganggap ukhuwwah itu adalah saudara kita rela pada kita, sayang pada kita, menjaga kita. Tapi sejauh mana kita rela pada saudara kita, sayang kita, dan perhatian kita pada saudara kita.
Ingatlah mereka yang selalu ingin manusia ukhuwwahkan utk dirinya adalah manusia yg kecil jiwa, dan pasti akan cepat goyahnya pada perjuangan. Jadikan diri kita Read the rest of this entry »
Istana Tabah
April 22, 2009
Sukar untuk aku bina
sebuah istana tabah
dari batu-bata sabar
yang ditempa
dari butir-butir
pasir kehidupan
berbalut perjuangan
demi mengenal
selingkar pengorbanan
yang perlu diadun
dengan rempah-ratus
keimanan tulus
dan taqwa
yang tercipta
terhadap Maha Esa
Fall Retreat Camping – Return to Nature
April 19, 2009
Andai 2008 menceritakan suatu suasana indah semasa Autumn Trip OZ (ATOZ) bersama sahabat-sahabat Itqan dan Iqram. Tahun ini 2009, suasana lebih ceria dengan kehadiran sahabat-sahabat yang baru menjejak ke bumi kangaroo. Alhamdulillah, kenangan terindah semasa Fall Retreat Camping bakal tersemat sebagai salah satu memori terindah di Australia. Return to Nature sungguh-sungguh mengembalikan setiap peserta kepada alam ciptaan Allah. Walaupun sebelum ini pernah menikmati suasana camping di Myall Lakes, tapi Read the rest of this entry »
Belajarlah dari Hud-Hud
March 14, 2009
Kaum muslimin sekarang memerlukan orang yang dapat mengembalikan kepercayaan diri dan kebanggaan atas masa silam dan harapan kepada masa depannya. Kaum muslimin juga memerlukan orang yang dapat mengembalikan keimanan terhadap agama ini, agama yang mereka pikul namanya tetapi tidak mengenali hakikatnya. Agama yang lebih banyak di anuti melalui garis keturunan daripada kefahaman tentang agama ini sendiri.
Namun kerap kali yang kedengaran Read the rest of this entry »
Besar vs Kecil
March 13, 2009
Banyak orang bersedih hanya kerana hal-hal kecil yang tak berarti. Perhatikanlah orang-orang munafik; betapa rendahnya semangat dan tekad mereka. Berikut ini adalah perkataan-perkataan mereka:
Janganlah kamu sekalian berangkat (pergi berperang) di dalam panas terik ini. (QS. At-Taubah: 81)
Berilah kami izin (tidak pergi berperang) dan janganlah menjadikan saya
terjerumus ke dalam fitnah. (QS. At-Taubah: 49) Read the rest of this entry »
Setiap yang ada mempunyai hak
October 20, 2008
Assalamaulaiukum, sudah lama saya tidak update blog saya. Mungkin sedikit kekangan kerja di lab membatasi masa untuk saya menulis. Tatkala membaca blog seorang sahabat, saya terkesan dengan sebuah hadis dalam salah satu entry:
Daripada Wahab bin Abdullah r.a telah berkata : ” Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan antara Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, maka pada suatu hari Salman Al-Farisi telah pergi untuk menziarahi Abu Darda’ dan ketika sampai di rumah Abu Darda’ dia ternampak Ummu Darda’ dalam keadaan muram. Maka dia pun bertanya kepada Ummu Darda’ : “Kenapa dengan kamu?”, dia menjawab : ” Saudara kamu Abu Darda’ dia tidak memerlukan dunia. ” . Kemudian Abu Darda’ pun datang dan menyediakan makanan untuknya seraya berkata : ” Makanlah, sesungguhnya aku berpuasa “. Salman menjawab : ” Aku tidak akan makan sehingga kamu makan “, maka dia pun makan. Apabila tiba waktu malam Abu Darda’ berjaga malam. Salman menyuruhnya tidur, maka dia pun tidur. Kemudian dia jaga lagi untuk berjaga malam dan seperti sebelumnya dia disuruh tidur. Apabila tiba 2/3 malam Salman berkata kepadanya : ” Bangunlah sekarang “, maka mereka berdua pun solat. Kemudian Salman berkata kepadanya : “Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak keatas kamu, dan diri kamu mempunyai hak keatas kamu, dan keluarga kamu juga mempunyai hak keatas kamu, maka berilah setiap sesuatu itu haknya.” Kemudian Salman pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku, Baginda s.a.w menjawab : ” Benarlah apa yang dikatakan Salman. “
Satu pengajaran yang saya dapat kutip dari banyak2 pengajaran yang mungkin ada adalah setiap sesuatu yang ada di sekeliling kita mempunyai hak2 sendiri. Kita semua mungkin senantiasa sedar akan hak2 yang besar atau bombastik spt hak kepada Allah, kpd ibu bapa, hak melaksanakan shahadah dll walaupun mungkin segelintir masih belum benar2 sedar. Jarang sekali ada di antara kita termasuk saya sendiri yang sensitif terhadap hak2 yang kecil. Mungkin di sebabkan kita mempunyai ‘jiwa’ dan ‘matalamat’ yang besar, MAKA kita pandang enteng hak2 yg bg kita kecil tp bg saya ia sebenarnya sangat besar. Apa contohnya? Hak bilik, hak rumah dan hak kereta yang perlu dipastikan kekemasan dan kebersihan di sebalik kesibukan melaksanakan hak studi/kerja. Hak badan utk beriadah dan menggunting rambut. Hak beraktiviti bersama ahli bait dalam kesibukan mengejar madu’, dan menyampaikan risalah. Begitu juga hak menulis blog
.Mungkin banyak lagi hak2 yang ade di sekeliling kita yang tidak mampu saya sebutkan di sini.
Justeru, sama2 lah kita muhasabah tentang hak apakah yang masih belum di laksanakan di samping kesibukan kita melaksanakan hak kepada Allah, hak studi dan hak risalah. Wallahu ‘alam.