kubiar kalam berbicara…

Dosa gugur bila suami isteri bersalam

Since banyak masalah2 yang di sembangkan sesama rakan wanita saya di pejabat, ini sekadar satu entri untuk tatapan mereka. Moga sedikit sebanyak membuka minda bahawa ada sesetengah perkara banyak kelebihannya untuk wanita

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki
mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: “Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W
tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?” Jawab
Rasulullah S.A.W: “Suaminya”. Bertanya pula Aisyah: “Siapa pula terlebih berhak
terhadap lelaki?”. Jawab Rasulullah S.A.W: “Ibunya”.

4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
terlebih dahulu.

5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah
dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti
(bertakwa) kepada Allah.

6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas
urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.

7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita
(bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika
Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum).
Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya
Ummu Salamah: “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah
S.A.W?”. Rasulullah S.A.W menjawab: “Bukankah kamu dapat melihatnya?.”

8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang
sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.

9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka
melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya,
keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu
ia akan memberi ketenangan kepada kamu.

12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat
pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).

13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama
mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang
dan puasanya).

14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan
akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya
dengan tidak dihisab.

15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati
suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan
tersenyum mesra terhadap suaminya.

16. Ibnu Umar berkata: Telah datang seorang kepada Rasulullah S.A.W lalu
bertanya: “Apakah hak suami atas isteri?” Jawab baginda: “Tunaikan hajatnya
sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin
suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk
isteri, jangan keluar melainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat
oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke
rumah.”

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah S.A.W)

Dari Ali bin Abi Talib: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiga
golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali,
mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk tetapi kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus
ibadatnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup
pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang
tubuhnya atau terlalu ketat). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang
menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

Advertisement

Comments on: "Dosa gugur bila suami isteri bersalam" (1)

  1. ayuhkitamaju said:

    sangat bermanfaat untuk wanita/ isteri, bahkan suami/ lelaki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.