Sahabatku, izikan saya berbicara dan menuturkan beberapa kisah untukmu.. untuk kau merenung, dan bercita-cita, kerana impian adalah titik mula kepada segalanya.

Umar pernah bercita-cita, mengimpikan para pemuda. Anda tahukan, yang Mu’adz ibn Jabal seorang faqih yang diutus oleh Rasul ke Yaman? Ketika itu usianya masih muda. Begitu juga dengan Salim: ia termasuk salah seorang perawi hadis. Usianya juga masih muda. Dalam sejarah Islam juga dikenal Muhammad Al-Fatih, pembebas kota Konstantinopel. Saat itu usianya tidak lebih dari 22 tahun.

Sahabatku sayang,

Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang zuhud, senang beribadah dan berjihad, suatu kali pernah berkata.Sesungguhnya jiwaku adalah jiwa yang mempunyai banyak cita-cita. Dia pernah bercita-cita menjadi amir, dia telah mendapatkannya. Dia bercita-cita menjadi seorang khalifah, juga telah didapatkannya. Sekarang, cita-citaku adalah syurga, dan aku berharap mendapatkannya.”

Lembaran sejarah membuktikan, orang-orang yang berjiwa besar umumnya memiliki cita-cita tinggi. Impian mereka tidak di fahami oleh orang kebanyakan. Impian mereka jauh terkehadapan, menewaskan impian pelumba dan pengejar sekangkang kera harta dunia. Sahabatku, bukan hanya itu, mereka berusaha mewujudkan apa yang mereka cita-citakan dengan segenap upaya dan kesungguhan, bermatian deminya kerana impian itulah cita-cita yang paling tinggi dalam kehidupan mereka, dan umumnya mereka mampu meraih cita-cita yang telah mereka canangkan.

Bukan hanya kisah Umar bin Abdul Aziz yang akan saya ceritakan. Ada kisah lain, tentang empat pemuda dengan cita-cita mereka. Suatu kali, Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Musab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan ra. berkumpul di pelataran ka’bah. Musab yang bicara pertama kali dengan mengatakan,”Bercita-citalah kalian.” Sahabat yang enggan mengatakan cita-citanya, meminta Musab terlebih dulu menyampaikan cita-citanya.

Musab bertutur,”Aku ingin kaum muslimin agar menaklukkan wilayah Iraq, aku ingin menikahi Sakinah puteri Husein dan Aisyah binti Thalhah bin Ubaidillah.” Tahukah sahabatku, apa yang kemudian hari berlaku atas Musab? Allah SWT memperkenankannya memperoleh apa yang dia cita-citakan.

Urwah bin Jubair kemudian menceritakan harapannya. “Aku ingin menguasai ilmu fikih dan hadis.” Subhanallah, Urwah kemudian dikenal sebagai salah satu tokoh ulama fikih dan banyak meriwayatkan hadis.

Abdul Malik bin Marwan mengungkapkan cita-citanya. Dia menyatakan keinginannya untuk menjadi khalifah. Dan sahabatku, Abdul Malik bin Marwan kemudian menjadi khalifah di masa Daulah Umawiyah yang dikenal sebagai khalifah yang memiliki ilmu yang luas dan taat beribadah.

Terakhir, Abdullah bin Umar menegaskan cita-citanya. Tahukah sahabatmeku, apa cita-cita Abdullah bin Umar? Cita-citanya adalah, syurga!

Tidakkah anda melihat ketika Usamah ibn Zaid pergi ke medan perang ketika usianya masih 15 tahun. Padahal ketika usinya 14 tahun semangat jihadnya sudah berapi-api: dia ingin cepat berada di saf para mujahid Allah. Namun Nabi saw melarangnya, kerana masih teramat muda. Dia juga pernah menjadi pemimpin pasukan Rasul, padahal saat itu para sahabat ‘senior’ seperti Abu Bakar Ash-Siddiq ada. Namun Rasul saw mempercayakan kepadanya.

Sahabatku sayang,

Rasakan kemuliaan dan keagungan impian kita ini. Ironis sekali dengan impian dan mental orang kebanyakan, lebih-lebih lagi remaja kini yang sebaya denganmu, cita-cita mereka rendah kerana jiwanya lemah, langsung tiada izzah. Bergelumang dengan dosa dan maksiat. Suka dan gembira dengan angan-angan kosong dan remeh, di alam komik yang tiada manfaat kepada syahid di jalan Allah, yakni di alam-alam yang rendah nilainya, tertutup dan terbatas ibarat alam katak di bawah tempurung.

Sahabatku sayang, ambillah hikmah terbaik dari kisah itu. Apa yang menjadi cita-cita mereka? Cita-cita yang tinggi dan besar. Apakah engkau mengetahui, bagaimana mereka boleh mencapai cita-cita itu? Mereka mencapainya dengan perjuangan dan pengorbanan yang sungguh-sungguh diiringi dengan mental yang luar biasa. Bukan dicapai dengan menumbuhkan banyak alasan, kekalahan bahkan keputus-asaan. Kekuatan tekad yang mereka miliki disertai dengan kerja keras juga doa kepada Allah SWT membuat mereka mampu mencapai apa yang mereka inginkan.

Perhatikan apa yang sejarah tulis mengenai perjuangan Umar bin Abdul Aziz. Tatkala diangkat menjadi pemimpin, beliau tanggalkan kemewahan-kemewahan yang pernah dinikmatinya. Beliau ganti kemewahan itu dengan segenap kesederhanaan. Beliau bahkan meminta keluarganya untuk turut serta hidup dalam kesederhanaan itu. Yunus bin Syuaib bahkan berkata, “Sebelum menjadi khalifah, tali celananya masuk ke dalam perutnya yang besar. Namun, ketika dia menjadi khalifah, dia sangat kurus. Bahkan jika saya menghitung jumlah tulang rusuknya tanpa menyentuhnya, pasti saya dapat menghitungnya.” Bukan hanya itu, Umar bin Abdul Aziz juga dikenal sebagai pemimpin yang menolak suap dalam bentuk apapun. Subhanallah.. Allah SWT memperkenankan Umar bin Abdul Aziz memperoleh keinginannya untuk menjadi khalifah dan Umar menjalankannya dengan penuh kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapai cita-cita yang lain, syurga!

Kerana itu, sahabatku, bercita-citalah! Pancangkan cita-citamu setinggi mungkin. Iringi ia dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapainya. Semoga Allah SWT merahmatimu dengan memperkenankan cita-cita itu terwujud.

Bercita-citalah! Bukan hanya untuk duniamu, tapi juga untuk akhiratmu. Rasulullah bersabda, “Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah syurga firdaus, sebab dia adalah syurga yang paling tinggi.” (HR. Bukahri). Sahabatku, tahukah engkau apa cita-cita seorang Rabiah bin Kaab? Cita-citanya adalah, menemani Rasulullah di syurga!

Ingatlah sahabatku, impianmu adalah titik mula gerak langkahmu, kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.

Masih saya teringat satu nasihat dari sahabat saya suatu ketika dahulu dan kata-kata itu diungkapkan sekali lagi oleh seorang sahbat saya dari madinah. Katanya“Akhi, jadilah seperti air, kerana air tak pernah dapat dibendung, dan terbendung. Tertutup satu jalan di depan, ia akan berusaha mencari jalan lain dan terus mencari sampai jalan itu benar-benar didapatinya. Cuba perhatikan, air tak pernah menyia-nyiakan mana-mana lubang yang bocor atau retak, ia akan mengalir dengan deras menuju kebebasan bergerak dan keberhasilan.”

Seperti air yang mengalir sahabatku, saya teguhkan hati dengan pancangan cita-cita yang semakin menggunung walau badai dunia melanda yang bagi manusia biasa, kegagalan mengejar sekelumit harta itu adalah pengakhiran segala-galanya.

Impian Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Musab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan ra. Sewaktu mereka berkumpul di pelataran ka’bah seperti air, mereka tidak menyerah pasrah dan putus asa setiap kali membentur halangan dalam berupaya meraih cita-cita. Berfikir cepat, inovatif, kreatif mencari jalan menuju cita-cita. Itu harus menjadi bahagian dari sifat diri. Dan satu hal lagi, jangan pernah mengabaikan sekecil apapun kesempatan yang terbuka untuk secepat kilat menerobosnya, kerana boleh jadi, itu satu-satunya jalan untuk meraih kejayaan.

Untuk sekalian kalinya, moga Allah mengurniakan rahmat-Nya kepada kita semua. Sehingga bertemu lagi. Wallahu’alam.

Leave a Reply