Hasbunallah wa ni’mal wakil
August 11, 2009
Tatkala jemari ini menari di papan kekunci, hati mula menghitung hari-hari terakhir di bumi Sydney, walaupun masih belum pasti tarikhnya namun yang pasti kali ini aku pulang tidak kembali lagi atau mungkin datang namun tidak psti bilakah saat itu. Mungkin kali ini tidak ada sebak mengiringi kerana telah ada permata-permata baru yang muncul.
Ya Allah, kurniakan sedikit lagi masa untuk aku berbakti pada umat ini….sedetik buat ku balas jasa yang pernah dicurahkan kepadaku….sesaat buat aku melihat perubahan dalam diri mereka…..Andai tiada kesempatan itu, ku hanya mampu berdoa agar Kau tetapkan mereka di jalan ini, moga mampu terlaksana tanggungjawab risalah itu….
Saat-saat akhir di sini, hanya kepada Allah hati ini bertaut. Dan diri ini lebih banyk berfikir, apakah yang mampu tinggalkan buat mereka. Ku harus manfaatkan detik-detik hidupku di sini untuk risalah ini, bukan untuk kehidupan di tanah air. Saat sedih ini, teringat ungkapan Ibrahim a.s. Bila di campakkan ke dalam api, “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, maka dinginlah api tersebut. Banyak lagi peristiwa sirah yang lain, moga ianya mampu memberi kekuatan kepada di hari-hari terakhir ku di sini.
Mereka mengira
adanya merpati dan labah-labah
yang berdiam dan merangkai sarangya di gua
sebagai petanda ketidakhadiran Nabi
Demikianlah
pertolongan Allah lebih memadai
daripada berlapis-lapis pakaian besi
dan megahnya benteng.
Syauqi berkata;
Ketika Tuhan
menampakkan pengawassnya terhadapmu
maka tidurlah
kerana setiap peristiwa yang terjadi
akan membawa ketenteraman bagimu
Firman Allah;
“…maka sesungguhnya kamu selalu berada dalam pengawasan Kami..” (Ath-Thur:48)
“…maka Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Yusuf:64)
August 17, 2009 at 1:02 pm
BarakAllah ‘alaik
Tiada perlu sedih, kerana tautan hati berlandaskan iman. Pertemuan perpisahan, lillahi ta’ala.
Senyumlah, berlapang dadalah. InnAllahama’ana.
Yang pasti, kenang daku dalam doamu.