fall-retreat-camping1Andai 2008 menceritakan suatu suasana indah semasa Autumn Trip OZ (ATOZ) bersama sahabat-sahabat Itqan dan Iqram. Tahun ini 2009, suasana lebih ceria dengan kehadiran sahabat-sahabat yang baru menjejak ke bumi kangaroo. Alhamdulillah, kenangan terindah semasa Fall Retreat Camping bakal tersemat sebagai salah satu memori terindah di Australia. Return to Nature sungguh-sungguh mengembalikan setiap peserta kepada alam ciptaan Allah. Walaupun sebelum ini pernah menikmati suasana camping di Myall Lakes, tapitadabbur ala mini tidak akan pernah habis. Melihat diri kembali bergabung dengan alam, mengingatkan kemabali saya tentang keperluan untuk setiap manusia kemabali kepada fitrah kejadiaannya (Return to Nature). Sejauh dan sekuat mana manusia cuba berlari dan mencari haluan yang tersendiri dengan pelbagai matlamat hasil imaginasi mereka, di akhir destinasi adalah kepada Allah jua. Maka wajarlah setiap dari garis kehidupan kita berpaksikan manual yang Allah SWT hadiahkan kepada kita yakni Al-Quran. Dan salah satu perkara yang akan memastikan kita kehidupan kita ini menuju CINTA yang hakiki adalah sahabat di sekeliling kita. Teringat lagi soalan kepada saya semasa sesi BBQ di Myall Lakes, “Apakah pengalaman paling berharga di Australia?”. Tentu sekali satu kehidupan yang mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. InshaAllah ukhwah yang tebrina dengan sahabat di pelososk Australia banyak mengajar saya erti hidup yang lebih indah dan bahagia. Moga ukhwah yang terjalin sentiasa mekar.
Khas buat semua peserta Fall Retreat Camping 2009 (Ban, Syifa’, Zafiq, Asri, Syafiq, Zulhadi, Azmir, Iqbal Hakim, Asraf, Fauzi, Syazwan, Nizam, Faiq, Farhan, Amri, Nasir, Allif, Anas, Azrul, Muizz, Irfan, Haadi, Ibrahim, Riman, Fazrul, Syazwan (Wan Kilat)):

Kugoreskan sebentuk wajah melukis parasmu
Kuberikan senyuman kecil di sudut bibirmu

Mengenang kembali kenangan indah saat kita bersama
Berbagi rasa satukan cita melangkah di jalan-Nya
Lalui hari yang membentang di hadapan kita
Saling berjanji untuk setia dan menjaga

Sahabat sejati takkan mengkhianati
Seorang teman rela untuk berkorban
Sahabat sejati cuba untuk memahami
Seorang teman takkan meninggalkan

img_6066

One Response to “Fall Retreat Camping – Return to Nature”

  1. iqhakim Says:

    alamak! gambar ‘muke ikan kembung’ terpampang lah pula…


Leave a Reply