Ukhwah Fillah v2.0

April 18, 2009

Kau tempuhi ranjau perjuangan
Kau hadapi dengan penuh tabah
Mengharungi di balik kesunyian
Keseorangan meniti laluan

Kerana cintakan yang Esa
Kini kita dipertemukan
Tautan kasih dan rahmatnya
Tersimpul indah persahabatan ini

Kadang terguris tika bersama
Mengajar erti sebuah persahabatan
Mengenal makna menyemai ukhuwah
Pahit dan manis dirasa bersama

Dan terbinalah ukhuwwah fillah
Pabila iman subur dijiwa
Iringan doa dan harapan
Dalam meraih cinta hakiki

Ooh indahnya pabila semua kerana-Nya

2 Responses to “Ukhwah Fillah v2.0”


  1. semoga terus thabat…


Leave a Reply