Istana Tabah

April 22, 2009

Sukar untuk aku bina
sebuah istana tabah
dari batu-bata sabar
yang ditempa
dari butir-butir
pasir kehidupan
berbalut perjuangan
demi mengenal
selingkar pengorbanan
yang perlu diadun
dengan rempah-ratus
keimanan tulus
dan taqwa
yang tercipta
terhadap Maha Esa

fall-retreat-camping1Andai 2008 menceritakan suatu suasana indah semasa Autumn Trip OZ (ATOZ) bersama sahabat-sahabat Itqan dan Iqram. Tahun ini 2009, suasana lebih ceria dengan kehadiran sahabat-sahabat yang baru menjejak ke bumi kangaroo. Alhamdulillah, kenangan terindah semasa Fall Retreat Camping bakal tersemat sebagai salah satu memori terindah di Australia. Return to Nature sungguh-sungguh mengembalikan setiap peserta kepada alam ciptaan Allah. Walaupun sebelum ini pernah menikmati suasana camping di Myall Lakes, tapi Read the rest of this entry »

Ukhwah Fillah v2.0

April 18, 2009

Kau tempuhi ranjau perjuangan
Kau hadapi dengan penuh tabah
Mengharungi di balik kesunyian
Keseorangan meniti laluan

Kerana cintakan yang Esa
Kini kita dipertemukan
Tautan kasih dan rahmatnya
Tersimpul indah persahabatan ini

Kadang terguris tika bersama
Mengajar erti sebuah persahabatan
Mengenal makna menyemai ukhuwah
Pahit dan manis dirasa bersama

Dan terbinalah ukhuwwah fillah
Pabila iman subur dijiwa
Iringan doa dan harapan
Dalam meraih cinta hakiki

Ooh indahnya pabila semua kerana-Nya

Jagailah dirimu…

April 1, 2009

Wahai muslimin jagalah dirimu
Tutur kata dan budi pekertimu
Baik kesopanan dalam pergaulan
Jadikan hidup lingkungan terpuji

Jagalah dirimu setiap waktu
Masa berlalu taburkanlah bakti
Maksiat dijauhi insafilah diri
Dekati illahi dalam ibadahmu

Hidup penuh pancaroba
Maksiat melata menagih mangsa
Orang berdosa tidak bertaqwa
Terjerumus ke pintu neraka

Jagalah dirimu jaga keluargamu
Jauhi dari jalan merugikan
Hidup di dunia sedetik cuma
Letakkan diri dalam ketaqwaan

Jagalah dirimu jagalah keluargamu
Moga di sana beroleh syurga meraih cintanya..