Mothers – A Must See Reminder
October 31, 2008
Jazak Allah khayr to my boy Altamash for sharing this. Allah, soften our hearts. This should make us ponder, shake our hearts, and even cause us to shed a few tears.
May Allah forgive all of our mothers, make them stronger and give them happiness and ease in this life and in the next life in Jannah insha Allah.
May He help us to love them, and to be patient with them, and to be compassionate with them, to help them when they need it, when they ask for help or when they don’t, to be dutiful sons and daughters to them, and to love them unconditionally.
Get up and hug your mom right now. If you can’t, call her. If you can’t, e-mail her. If she has already passed away, make du’aa that Allah forgives her and forgives you insha Allah and unites both of you (and us) in Paradise, with all the mothers of the Ummah.
http://www.suhaibwebb.com/blog/general/mothers-a-must-see-reminder/
Rembulan di Langit Hatiku
October 28, 2008
Rembulan di langit hatiku
Menyalalah engkau selalu
Temani kemana meski kupergi
Mencari tempat kita tuju
Kan ku jaga nyalamu selalu
Pelita perjalananku
Kan ku jaga nyalamu selalu
Rembulan di langit hatiku
Rembulan di langit hatiku
Teguhlah engkau pandu aku
Ingatkanlahku bila tersalah
Menempuh tempat kita tuju
Doakanlahku di shalat malammu
Pelita perjalananku
Doakanlahku di solat malammu
Rembulan di langit hatiku
Setiap yang ada mempunyai hak
October 20, 2008
Assalamaulaiukum, sudah lama saya tidak update blog saya. Mungkin sedikit kekangan kerja di lab membatasi masa untuk saya menulis. Tatkala membaca blog seorang sahabat, saya terkesan dengan sebuah hadis dalam salah satu entry:
Daripada Wahab bin Abdullah r.a telah berkata : ” Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan antara Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, maka pada suatu hari Salman Al-Farisi telah pergi untuk menziarahi Abu Darda’ dan ketika sampai di rumah Abu Darda’ dia ternampak Ummu Darda’ dalam keadaan muram. Maka dia pun bertanya kepada Ummu Darda’ : “Kenapa dengan kamu?”, dia menjawab : ” Saudara kamu Abu Darda’ dia tidak memerlukan dunia. ” . Kemudian Abu Darda’ pun datang dan menyediakan makanan untuknya seraya berkata : ” Makanlah, sesungguhnya aku berpuasa “. Salman menjawab : ” Aku tidak akan makan sehingga kamu makan “, maka dia pun makan. Apabila tiba waktu malam Abu Darda’ berjaga malam. Salman menyuruhnya tidur, maka dia pun tidur. Kemudian dia jaga lagi untuk berjaga malam dan seperti sebelumnya dia disuruh tidur. Apabila tiba 2/3 malam Salman berkata kepadanya : ” Bangunlah sekarang “, maka mereka berdua pun solat. Kemudian Salman berkata kepadanya : “Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak keatas kamu, dan diri kamu mempunyai hak keatas kamu, dan keluarga kamu juga mempunyai hak keatas kamu, maka berilah setiap sesuatu itu haknya.” Kemudian Salman pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku, Baginda s.a.w menjawab : ” Benarlah apa yang dikatakan Salman. “
Satu pengajaran yang saya dapat kutip dari banyak2 pengajaran yang mungkin ada adalah setiap sesuatu yang ada di sekeliling kita mempunyai hak2 sendiri. Kita semua mungkin senantiasa sedar akan hak2 yang besar atau bombastik spt hak kepada Allah, kpd ibu bapa, hak melaksanakan shahadah dll walaupun mungkin segelintir masih belum benar2 sedar. Jarang sekali ada di antara kita termasuk saya sendiri yang sensitif terhadap hak2 yang kecil. Mungkin di sebabkan kita mempunyai ‘jiwa’ dan ‘matalamat’ yang besar, MAKA kita pandang enteng hak2 yg bg kita kecil tp bg saya ia sebenarnya sangat besar. Apa contohnya? Hak bilik, hak rumah dan hak kereta yang perlu dipastikan kekemasan dan kebersihan di sebalik kesibukan melaksanakan hak studi/kerja. Hak badan utk beriadah dan menggunting rambut. Hak beraktiviti bersama ahli bait dalam kesibukan mengejar madu’, dan menyampaikan risalah. Begitu juga hak menulis blog
.Mungkin banyak lagi hak2 yang ade di sekeliling kita yang tidak mampu saya sebutkan di sini.
Justeru, sama2 lah kita muhasabah tentang hak apakah yang masih belum di laksanakan di samping kesibukan kita melaksanakan hak kepada Allah, hak studi dan hak risalah. Wallahu ‘alam.
Kawan
October 3, 2008
Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan
Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan
Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa
Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan
Hijjaz