Menggamit Kepulanganmu

August 27, 2008

Dedikasi buat teman yang pulang ke tanah air:

Fikiran membayangi

Kenangan lalu bersama di sini

Kita rentasi liku jalanan kehidupan

Sekalipun dilanda derita.

Hati dan sabarmu ku langkahi

Tiada insafnya lagi

Kata azimat kubiar

Sekadar menjadi halwa telinga

Kini…

Ku layari kenangan bersamamu

Yang pastikan kekal abadi

Ku sandar seribu keyakinan.

Ukhwah dipupuk berlandaskan keimanan

Disulami dengan keikhlasan

Tertawa berduka kita bersama

Membait memori perjuangan kita

Air matamu ditumpah jangan

Tapi taburkan doa dan keikhlasan

Jua relakanlah perpisahan ini

Semoga bertemu kembali

Ya Allah Restuilah perpisahan ini

Ya Allah restuilah.

Perjuangan suci yang telah di lalui

Membantu kita dalam mengenal diri

Mahabbah mawaddah kita semat di hati

Dalam mengeratkan silaturrahim.

21:53:00 27/08/2008

21 Ogos akan terus diingati sebagai tarikh keramat, melakar sejarah hitam dalam ceritera kehidupan penganut Islam. Bukan, peristiwa gila itu telah merobek diari kemanusiaan sejagat.Semuanya angkara bangsa bangsat yang telah dikhabarkan akan kezalimannya oleh Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam lebih seribu tahun yang sudah. Nah, wahyu Ilahi sudah membuktikan. Kini, hanya liur yang ditelan sambil menyaksi kerakusan tanpa henti. Daging-daging bernyawa terus dicaing sesuka hati oleh puak Yahudi durjana.

Berapa ramai dari kalangan kita yang benar-benar tahu; apa yang telah berlaku 39 tahun sudah pada detik itu? Atau memori gelap itu makin malap lantaran kealpaan umat?

21 Ogos 1969; Dennis Micheal Rohan akan terus dikenang sebagai wira di kalangan bangsa Yahudi. Di sisi kita, pemuda Australia itu tidak ubah seperti haiwan yang tidak berakal. Masakan, kerana tindakan kebinatangannya yang tidak mampu dihadam rasional, langsung tidak boleh diterima!

Melampau sungguh apabila kiblat pertama umat Islam dibakar. Masjid Al-Aqsa telah dibakar oleh Micheal, menyebabkan api bernyala besar lalu memusnahkan mimbar dan tembok masjid. Api begitu marak, memusnahkan sebahagian besar Masjid Al-Aqsa. Lebih buruk apabila bomba langsung tidak membantu memadamkan api.

Namun rencana Allah Azzawajalla menewaskan segenap rancangan manusia. Api yang menjulang terpadam juga akhirnya. Maha Kuasa Allah Ta’ala, rumah ibadah itu akan tetap terpelihara.

Keboborokan undang-undang yang dicatur makhluk jelas terbukti. Pengadilan terhadap penjenayah besar ini tidak dilaksanakan dengan betul. Berperisaikan dalihan am sebagai ‘gila’, Micheal terlepas dari tuduhan jenayah itu. Dia tidak lagi dipertanggungjawabkan atas tindakan bodohnya. Michael kononnya mendakwa bahawa dia telah diutuskan oleh Allah Ta’ala untuk membakar Masjid Al-Aqsa, berdasarkan berita yang dikhabarkan dari Kitab Zakaria.

Lalu Micheal yang bangsat terlepas dari dihukum dengan adil.

Lalu 21 Ogos akan terus dikenang sebagai Hari Al-Quds Sedunia. Sebagai titik muhasabah, betapa tanah suci Palestin dan Masjid Al-Quds makin jauh dari kita. Hampir saja pemiliknya bertukar tangan kepada musuh azali umat Islam, lantaran episod kezaliman yang berlangsung saat demi saat.

Mungkin juga kerana umat Islam sendiri yang tidak menginginkan Masjid Al-Aqsa dan Palestin, yang begitu dibangga-banggakan oleh Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam berserta para sahabat sebagai bumi kudus umat Islam universal. Bukan hanya milik rakyat Palestin, tetapi semua penganut satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah Ta’ala.

Mungkin kerana nilai berharganya tidak lagi kelihatan pada mata kita?

Adakah benar?

Jawablah. Jawab dengan mata hati sendiri.

 

Senyum Terindah

August 19, 2008

Setiap manusia
Tak luput dari kesulitan di dunia
Sedikit yang menjadikannya sebagai hiburan
Dan menghadapinya dengan penuh senyuman
Sungguh bersama kesulitan ada kemudahan

Sedarilah kawan
Setiap masalah pasti ada jalan keluar
Hanya terkadang kita sempat tak sadar
Manakala kesulitan kita berbuah kebahagiaan

Senyum mu didepan temanmu itu adalah sedekah
Kerana senyuman itu adalah ibadah
Buanglah ekspresi wajah yang penuh masalah
Semikanlah dengan senyuman

Oh…namun senyuman tak akan pernah ada harganya
Bila tidak terbit dari hati yang ikhlas
Cuba kau renungi dan cubalah kau pelajari
Cuba kau fahami maknai hidup ini

Tersenyumlah dalam setiap kesulitan

Jauhlah dari segala kesulitan 
Tersenyumlah dalam setiap kesulitan
Bahagialah yang kan kita dapatkan

Hati-hati segala kegundahan diri
Kan menjadi kerugian yang pasti
Selalu merajai selalu menghantui
Akan selalu menipu dan memperbudak diri

Ingat kawan buang jauh segala kegundahan
Tutup rapat-rapat dalam ruang penglupaan
Jangan kau hiraukan jangan kau fikirkan
Hapus-hapus ganti-gantilah dengan senyuman

2.30am 18 August 2008

Kerana Manisnya Ukhuwwah

August 9, 2008

“Ukhwah dan iman itu ibarat biji tasbih. Iman setiap akh adalah biji2 tasbih. Biji tasbih ini terikat dengan tali ukhwah”. Teringat kata-kata seorang sahabat tentang ukhwah. Memang benar, sangat manis andai kita bayangkan ukhwah yang terjalin antara kita semua namun untuk mengekalkan ukhwah dan make sure ia nya terus manis untuk 20-30 tahun akan datang merupakan satu cabaran yang amat payah. Semalam baru saya bertanya kan rakan2 sama ada mereka sayangkan ikhwah di sekeliling mereka, sungguh mudah untuk terlafaz “Ya saya sayang dia”. Namun, hakikat yang lebih jauh adalah apakah bukti ukhwah/sayang kita pada ikhwah kita. dan ke mana kita mahu membawanya.

InsyaAllah setiap dari kita pernah melalui sat manis dan duka nya berukhwah, namun senantiasa la kita berlapang dada dan cuba untuk paly the bigger role dalam ukhwah, mungkin akh kita tidak dapat berkorban seperti mana kita dalam ukhwah, namun kita harus dan perlu untuk terus ke hadapan memacu ukhwah yang terbina. Saya sendiri kekadang sukar untuk melafazkan, hanya kalam yang ku biarkan berbicara. Terima salah satu lagu kegemaran saya:

 

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Khas buat teman2 yang di luar sana especially Baitul Itqan, Baitul Iqram, Baitul Jannati, x lupa Baitul Mal :) . Maaf kerana sudah lama blog ini tidak di update.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Renungkan laut yang luas
Ombak yang membelah pantai
Ibarat gelombang hidup remaja
Menempuh cabaran dunia

Di waktu ia bergelora
Dipukul ribut yang melanda
Laksana nafsu yang ingin bertakhta
Dihasuti syaitan durjana

Di kala itu akan tiba sebuah bahtera
Menghulurkan tali Ilahi
Membantu insan yang alpa
Dari lemas dalam lautan dosa
Menuju ke jalan Yang Esa

Insaflah teman
Muhasabah amalan kita
Harga diri pada umat manusia
Nilai diri pada Pencipta

Janganlah leka
Dengan nikmat dunia yang sementara
Akhirat tempat tinggal yang abadi
Bersedialah untuk ke sana

Kumpulkan segala tenaga
Berjuang ke jalan Yang Esa
Berbakti untuk agama tercinta
Daulatkan Islam di mata dunia