Hamba yang Hilang
May 27, 2008
Kembali… kembalilah..
Hamba yang hilang…
Kembali… kembalilah..
Tahukah siapa hamba yang hilang itu
siapa dia..
dialah yang terlepas dari jalan Tuhan
oh ruginya..
Karena tipu daya setan lebih menarik hati
Dan celakalah dirinya..
Kembali.. kembalilah..
Janganlah hawa nafsu jadi Tuhanmu
Jagalah langkahmu..
walaupun kau berdosa seisi dunia
tak terkira…
bertaubatlah kepadaNya
sungguh Dia Maha Pengampun
rahmat Tuhan tak terhingga
Bersegeralah datang ke jalan Tuhan
sebelum nafasmu itu tinggalkan dirimu
Bersegeralah datang ke jalan Tuhan
sebelum jiwamu itu tinggalkan jasadmu
Semalam, Hari Ini, Esok…
May 27, 2008
Beribadahah… seolah akan mati esok hari
Berusahalah… seolah akan hidup selamanya
Niatkanlah di hati, satukanlah di jiwa, dalam menjalani hidup ini
Mulailah langkah baru, di setiap hari yang berganti, agar kita tak tertinggal
Hari ini jadikan lebih baik dari hari kelmarin, berusahalah…
Hari esok jadikan lebih baik dari hari sekarang, sesungguhnya…
Jika hari-hari dibiarkan berlalu begitu saja
Maka kerugianlah yang pasti menanti, di depan sana…
Selamat Bermujahadah Buat Teman2 yang Menghadapi Exam
Gunakanlah Masa Emas Ini Sebaiknya
Lapang Sebelum Sibuk
PersoalanManusia….Kenapa??
May 21, 2008
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“… .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12
15 May…..Nakba
May 16, 2008
Assalamualaikum buat semua pembaca blog, terima kasih atas sokongan anda. Untuk kali ini, saya paparkan sebuah artikel yang di kirim oleh Dr ZainurRashid…luangkan sedikit masa untuk membaca nya di sebalik kesibukan kita meraikan Hari Guru atau berusaha menyiapkan asemen2 kita yang tidak pernah habis….
MuqaddimahHakikat kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, beberapa kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuh an antarabangsa dan Tragedi Deir Yassin yang berlaku 60 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.
Lokasi
Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.

Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.
Latar Belakang Tragedi Deir Yassin
Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabila secara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181′ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.
Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan Negara Haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.
Tragedi Deir Yassin
Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampung mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.
Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.

Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.
Kata-kata saksi
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah: -
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,“Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.
Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,“Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.

Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata, “Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.
Angka korban yang besar
Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.
Siapakah arkitek kepada tragedi ini?
Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.
Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.
Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata, “Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”.
Kesan Deir Yassin
Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.
60 tahun selepas Deir Yassin
Kini telah 60 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.
Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.
Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.
Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?
Semoga Palestin dan Al Aqsa terbela!
Dr Zainur Rashid Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban
Chapter21:LookingForANewLife
May 14, 2008
;
Sedar tidak sedar rupanya diri ini masih dalam lena, enak di ulit alunan nasyid yang indah permai, yang mengulit diri untuk terus berada dalam zon selesa. Kurasakan diri ini sudah terjaga dan menjauhi rumah yang terbakar, namun aku masih seperti kanak-kanak kecil yang leka dengan permainan; betapa tidak significant pada pandangan orang dewasa. Teringat satu ungkapan indah di dinding rumah untuk tema minggu lepas;
“seni yang merampas kecantikan bunga sarwa; ia menukar helang rajawali menjadi burng denak; mereka meperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu; lalu membenarkan bahtera ke dasar laut; mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu; dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya”
Satu ungkapan yang sangat dalam buat mereka yang memahami. Dan bagi mereka yang mahu mencipta sejarah ummat ini. Kini halwa telingaku tidak lagi rentak yang mendamaikan tapi satu rentak tujahan yang mencipta satu ritma kehidupan yang baru. Satu jalan mujahadah yang ditemani debu dan keringat buakn di taburi bunga dan percikan haruman….
…………………………………………………………………………………………………………………………..
Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut
Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa
Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir
Masalah datang berulang
Godaan mengimbau di setiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur
Tiada perhentian buat berehat
Bukan di sini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga
Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan<a
Chapter20:PenyulamCinta…
May 12, 2008
seorang wanita,
bermahkotakan ibu,
berpakaiankan ayu dan peduli,
berhiaskan rantai ikatan jiwa,
berikatkan tali ikatan cinta,
dalam hari dan hari,
dari masa dan masa,
perlahan menyimpul tautan itu,
kerna tautan itu,
tautan darah dan akidah,
tautan rahmat dari Allah..
aku merenung kembali,
tautan dan mahkota mu itu,
timbul sebak di sudut ini,
bagaimana personaliti hitamku waktu dulu,
bagaimana bodohnya perlakuan lakonan nafsu,
bagaimana jahil si pembantah lalu,
apalah daya wahai ibu,
aku masih belajar kenal alam,
masih merangkak dalam kelam,
masih cuba jadi hebat,
sampai terkadang aku lupa pada yang atas,
bahwa dibawah ada satu tautan,
dibawah masih ada dirimu..
namun ibu,
detik dan saat,
aku cuba untuk berubah,
cuba jadi seperti mauan mu,
cuba kenal tautan simpulan mu,
cuba berlari terus ke langit,
laju dan tiada henti,
tanpa kenal rasa payah dan susah,
tapi..maafkan diriku ibu..
aku bukan seperti harapanmu,
tidak selalu ada disisimu,
tidak selalu menjadi penghiburmu,
tidak selalu membawa berita kejayaanku,
tidak jua memgikut nasihatmu..
walaupun itu wahai ibu tercinta,
kelemahanku itu bukan erti ingkarku,
kelemahanku itu bukan jua kelalaianku,
cuma, keterbatasan diriku sebagai manusia,
kerna tugasan dibahuku wahai ibu,
adalah lebih besar untuk dibawa,
tugasan dibahuku ini bukanlah tugasan biasa,
tugasan atasku ini,,
adalah tugasan ummat dan dakwah..
ketahuilah wahai pemilik mahkota,
dalam keterbatasan ini,
aku masih cuba dan terus mencuba,
menjadi seperti mauman,
berusaha mencapai harapanmu,
demi menjadi putra penghias hatimu..
dan ingatlah wahai pemilik tautan,
mungkin terkadang engkau lupa,
pada sesuatu yang amat berharga,
satu untaian yang suci,
suatu untaian yang memancar kekuatan,
untaian yang jarang dihadirkan,
oleh jiwa-jiwa putra dan putri,
untaian yang sering diabai alpa,
untaian yang suci dan terapi,
tak siapa menyedari rapi..
dan ibu,
untaian inilah yang aku ulit dengan indah,
untaian inilah yang aku cuba ukir dihatiku,
untaian inilah,
yang aku bina dengan penuh rasa cinta,
dan untaian inilah wahai ibu,
yang sentiasa aku ikat dengan tautanmu,
untaian inilah wahai ibu,
aku simpul matikan dengan tautan cintamu,
dan untaian inilah wahai ibu,
sama kukuh dan kuat dengan tautan kasihmu..
dan duhai ibu,
ketahuilah,
untaian inilah doa dan perhatianku padamu,
untaian inilah rasa cinta tersuciku padamu,
untaian inilah ibu, zahirnya biasa,
siratannya luar biasa,
hebat dengan ciri kekuatan yang sendiri..
aku ingin engkau tahu ibu,
dengan untaian inilah,
walau aku tidak selalu disisimu,
aku sentiasa mendoa dan mengingatimu,
walau aku tidak selalu menjadi penghiburmu,
aku sentiasa merindui dan mencintaimu,
walau aku tidak selalu membawa
kejayaan untukmu,
aku masih sentiasa tetap,
didalam tahajudku,
didalam sujudku,
pagi dan malam,
saat dan detik,
mengingati, merindui dan mencintaimu..
dan terakhir dariku ibu,
jika belum pernah engkau dengar,
ucapan terima kasih ku,
ketahuilah doaku ini,
wahai penyulam cinta,
moga tuhan menyayangimu,
sepertimana engkau mengasihiku,
dari dulu hingga kini,
untuk selama-lamanya..
SELAMAT HARI IBU…wahai penyulam cinta ^_^
Chapter19:DiManaPemudaItu??
May 7, 2008
Chapter18:SelepasKesusahan…
May 7, 2008
Selepas kesusahan ada kesenangan …selepas kesusahan ada kesenangan… setelah selesai satu urusan lakukanlah urusan berikutnya pula dengan sebaik-baiknya… tutur ayat indah dari khaliq inilah yang menjadi sumber kekuatanku dalam mengharungi tiap langkahku.. teringat pesan ayah tercinta.. ” Bila saat hati mu goyah kembalilah kepada agamamu…” entah mengapa saban waktu hati ini runtun tika melihat timbunan kertas2 dan buku2 di atas meja…baru terasa kesusahan abang2 PhD yang pernah kutemui di sini…doing the same thing for something that you know nothing about it…Maha Hebat ALlah yang menciptakan sesuatu dari ada kepada tiada…..lantas minda mengarah komponen lainnya bertindak untuk menghilang rase gundah tidak mendapat result dari Lab Work yang lama nya 12 hours non stop….Mungkin sahaja munajat kepadaNya….
desakan halus dari hati ..raja bagi diri… ya Allah …damaikanlah hati ini… moga perkuatkan aku di jalan ini….
Ameen
Chapter17:TogetherWeGather
May 5, 2008
Mengenang cerita umat, bukan suatu yang menggembirakan walaupun aku berasa sedikit gembira dengan elaun yang baru masuk. Namun jauh di sudut hati, apakah erti hidup ini dengan kesenangan yang Allah berikan ini melalui JPA. Ku berjalan meredah tiupan angin di pekan Eastlakes di samping cuba untuk mengingati tujuan penciptaanku.
Aku dilahirkan dalam keadaan yang sempurna fizikal dan mental. Tidak seperti sesetengah insan yang sedari lahir diuji dengan kecacatan. Ditambah pula, aku dibesarkan dalam keluarga yang agak senang walau sejak dari kecil aku sudah bekerja, ya di saat umurku mencecah 13 tahun. Aku tidak pernah merasa peritnya tiada makanan mahupun sakit akibat kesejukan malam dek kerana tiada tempat tinggal. Akalku juga bagus. Setelah lulus cemerlang UPSR, aku ditawarkan belajar di sekolah yang ternama. Sekolah berasrama penuh. Bukan semua yang lulus peperiksaan itu mendapat peluang yang serupa. Pencapaian akademikmu tidak terhenti setakat itu sahaja. Aku juga lulus cemerlang PMR dan SPM. Nikmat Allah itu ternyata amat luas. Tidak cukup dengan itu, aku juga ditawarkan belajar di sebuah universiti terkemuka di luar negara dengan segala perbelanjaan ditanggung sejurus tamat peperiksaan ketika orang lain masih meraba-raba dalam kegelapan mencari sinar hidup.
Namun, apakah tujuannya semua ini? Mengapa ketika ada insan lain yang diuji dengan kepayahan dan kesusahan, kamu diberikan segala bentuk nikmat dan kemewahan? Dalam surah al-Ankabut ayat 2 Allah telah berfirman:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
Ayat tersebut amat jelas. Setiap manusia yang mengaku beriman pasti akan diuji. Ujian Allah itu tidak terhad dalam bentuk kesusahan. Mungkin segala nikmat yang diberikan adalah ujian dariNya. Allah mahu melihat sejauh mana kita bersyukur diatas segala nikmat yang telah diberikan. Adakah kita menggunakan segala yang diberikan itu diatas jalanNya? Ataupun disebabkan segala kemewahan dan kesenangan itu, kita menjadi alpa dan hanyut dibuai hidup lalu lupa kepada si Pencipta. Apakah sebenarnya tujuan kita diberikan nikmat akal yang sempurna, kondisi belajar yang baik sedari kecil di tadika sehinggalah ke menara gading? Adakah supaya kita berjaya sendiri dan hasilnya hanya untuk diri kita dan keluarga? Bagaimana pula dengan masyarakat disekeliling dan saudara seIslam yang memerlukan bantuan kita? Bagaimana mereka di Palestin?Iraq?Kosovo?Wahai teman-teman seperjuangan sekalian, anda tahu jawapannya.
“together we gather”
