Chapter16:WahaiDiri…..

April 25, 2008

Saat terus berlalu, detik terus berpusing, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu bersiliha ganti menjadi bulan……Setiap pagi yang menjelma menerbitkan satu sinar baru yang melambangkan betapa dekat detik perpisahan dengan bumi ini. Namun, di saat melihat segala alam dalam putaran sunnatullahnya, diri ini terus berasa kerdil dengan kehadiran ciptaanNya di sekeliling. Kenkadang terasa bosan dengan rutin harian yang dilalui namun tidak pula bosan melihat langit yang serupa. Maha Besar Allah yang mencipta suatu yang tidak ada cacat cela. Berbeza dengan ciptaan manusia yang cepat mendatangkan kebosanan buat pencinta dunia. Hampir 4 tahun di sini, terasa penat dan jenuh namun langkahan di hadapan masih jauh dan tiada penghujung yang nyata. Apatah lagi melihat dunia dalam kerosakan yang menjanjikan kerja yang banyak untuk kembali kepada asalnya. Ya Allah, kurniakan hati ini dengan perasaan istiqamah……ku bisikkan padamu, “Wahai hati istiqamahlah……”;

*****************************************
Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu’mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya…
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu’, pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

Biarpun jauh……

Biarpun lama…….

Demi matlamat itu……

Aku akan teruskan usaha!

Bersemangatlah!!!!!

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

Rutin harian yang dijalankan setiap hari kadang-kadang menyebabkan diri lupa dan alpa kepada Allah. Terlampau sibuk dengan urusan dunia, hanya apabila tamat minggu exam yang panjang atau sebuah projek yang berterusan sehingga tibanya due date, baru tersedar yang diri telah lupa akan masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk Allah.

Kadang-kadang terasa diri bagaikan robot, ya, robot, yang melakukan aktiviti yang sama setiap hari, berulang-ulang. Bangun pagi, ke kelas untuk belajar, siapkan homework, bersenam di Recreation Center, makan, solat yang wajib, dan berehat apabila penat. Kadangkala menghiburkan diri dengan pelbagai hiburan..Friendster, Facebook, excessive messenger, XBOX 360, wii, PS3 etc.

Rasa gembira, berhibur dan bekerja, dan menyangka bahawa telah memenuhi tujuan hidup..

sehingga saff-saff menjadi kiblat..

sehingga agama dihinakan..

sehingga keperitan umat sendiri mampu diabaikan…

..tapi..adakah robot lupa yang dia punyai Tuan ? Yang suatu hari, pasti akan dicabut nyawanya ?

“Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami” (Almukminun:115)

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah dari kitaran ini, agar kita tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah semata-mata untuk mengulangi perkara-perkara duniawi yang sama setiap hari.

Adakah tugas wakil di muka bumi hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti duniawi semata-mata?

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (2:30)

“Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa’at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.” (6:70).

“(yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.” Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. (7:51).

Fikir-fikirkan lah..

Do not be a part time muslim..selamilah hakikatnya yang sebenar….pilihan di tangan anda….=)

Sahabatku,

Apabila kau ingin berteman

janganlah kerana kelebihannya

kerna bisa jadi dengan satu kelemahan

kau menjauhinya

Andai kau ingin berteman

janganlah kerana kebaikannya

kerana mungkin dengan satu keburukan

kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu

janganlah kerana ilmunya

kerana apabila dia buntu

kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau ingin seorang teman

jangan kerana sifat cerianya

kerana andai dia tidak pandai menceriakan

kau mungkin akan menyalahkan nya

Andai kau ingin bersahabat

terimalah dia seadanya

kerana dia seorang sahabat

yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna

kerana kau juga tidak sempurna

tiada yang biasa-biasa

menjadi sesuatu yang sempurna

tapi bersahabatlah kerana Allah

bersahabatlah kerana aqidah islam

bersahabatlah kerana kita saudara fillah

yang sama-sama dinaungi islam

Allah telah berpesan innamal mu’minunal ikhwah

sungguh jelas pesanan

kita semua saudara sedarah

Jadi sahabatku

bersahabatlah kerana Allah

kerana engkau dan aku

hanya lah seorang ‘abdullah

‘abdullah itu sahabatku

tidak punya apa-apa

kecuali yang satu

iaitu Allah yang esa

Maafkanlah kesilapannya

kerana kau juga banyak silapnya

raikanlah kelebihannya

dia raikan kelebihanmu terlalu acap

berlapang dadalah sahabat

kerana itu serendah ukhuwah

berkorbanlah sahabat

kerana itu setinggi ukhuwah

Marilah sahabat

marilah temanku

kita pupuk persaudaraan bersama

persaudaraan kerana Ar-Rahmaan dan Ar-Raheem

supaya kita bersama ke syurganya

itulah setinggi harapan

bersama bersua di syurga indah

moga dikabulkan doa ini…

Ammiin..

(Dari temanku kepadaku. Dan dariku untuk teman-temanku)

Semasa hidupmu, banyak nasihat ku pelajari. Tatkala kau mati, lebih banyak nasihat ku dapati.
Lahir ke dunia
Menjadi bayi yang tak berdosa
Suatu masa yang bahagia
Dipenuhi kasih sayang dan cinta

Di masa belia
Kukejar dunia yang fana
Kuraih segala asa dan cinta
Terbuai oleh pelukan dosa

Kukira usia tiada batas
Kulupa akhir yang akan berbalas
Kuanggap tiada siksa yang keras
Kuabaikan neraka yang panas

Ya Allah
Kukira waktuku di dunia masih lama

Padahal di setiap waktu bisa terpisah
Jiwa dan jaga

Harapku diakhir sisa umurku ampunan
Dan rahmat-Mu

cimg0399.jpg

Alhamdulillah, di celah2 ruang waktu untuk siapkan literatutre review, masih berkesempatan untuk bersama rombongan ATOZ 2008 (Autumn Trip OZ 2008). Walaupun hanya 2 hari 1 malam, kenangan bersama sahabat-sahabat baru (Fauzi, Faiq, Syazwan, Nizam, Asraf, Asri, Husni, Azmir) memberi satu kenangan terindah yang tidak akan mampu dibeli dengan duit elaun.hehe. Terima kasih buat mereka juga yang sudi menemani. Tengok2 balik video sepanjang camping tersebut, mengimbau kembali saat2 bersama. Bermula dari ‘wrong way go back’, Usyd membelasah UNSW dalam beach soccer, mandi-manda kat lake, memancing sehinggalah BBQ, main gandaan, the three words, dan zip zap. Semuanya satu memori yang belum pernah ku alami sebelumnya. Moga2 ukhwah yang terbina akan terus mekar berkembang ke akhirnya. Dalam saat2 kita semua cuba mencari identiti diri dan matlamat hidup yang sebenar. Saya dedicate lagu cebisan kenangan buat mereka dan juga housemates saya (BAn, Zafiq, NAz, HAmzah):

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi