Chapter11: MunajatKu

March 8, 2008

solat3.jpgAlhamdulillah, pagi ini saya tidak tidur selepas Subuh seperti kebiasaan hari-hari sebelumnya. Semangat baru untuk memperbaiki diri. Ketika sang mentari sudah menjengahkan wajahnya di bumi OZ, mungkin di Malaysia masih gelap. Mata saya masih membaca artikel2 menarik di internet. Tiba2 terlintas di fikiran untuk menonton TV. Rancangan yang ada ialah “Munajat Perdana”. Tak pernah di benak fikiran saya, masih ada majlis2 ini sekitar FRU yang akan berlangsung. Bukan ingin saya berkata2 tentang politik tapi ada suatu perkara yang menghentam diri saya.

Semalam apabila berbual2 dengan sahabat2 saya, ade yang menegaskan kelemahan kita umat Islam yang ketara adalah doa itu sendiri. Sedang kita bertungkus lumus di medan sama ada kerjaya atau studi, kita lupa senjata terpenting mukmin iaitu doa ila Allah. Tetapi sejauh mana usaha kita untuk itu? Saya reflek diri saya dan sahabat2 yang ada di sekeliling saya…apakah dengan matlamat yang kita fahami, mampu mendorong kita untuk berdoa minta di beri petunjuk? Mampukah kita berusaha untuk bangun malam dan bermunajat? Kadang-kadang kita merasakan kita melalui jalan yang terbaik, tapi sedar tak sedar ruh itu masih kosong. Saya mula berkira2 qiam yang saya lakukan sebaik sampai di OZ…hmm….rasa nya tidak lebih dari 10 kali walau sudah berada di sini hampir 3 minggu.

Berazam di mulut dan hati memang senang, tapi bagaimana azam kita secara fizikal untuk bangun dan melawan nafsu tidur. Memang benar tindakan perlu lahir dari hati seorang manusia itu sendiri agar suatu amalan itu ikhlas dan kekal, namun bagi saya ia perlu ada latihan fizikal nya. Contohnya, saya di sekolah selalu dipaksa untuk solat jemaah, mungkin di tahap itu untuk train kita. tapi bila kita sudah ada kefahaman dan keazaman sendiri, ia akan menjadi mudah kerana kita pernah “terbiasa” di sekolah. Begitu juga qiam, kadang2 lemah untuk kita bangun seorang diri, mungkin dengan qiam secara jamaie, kita lebih semangat untuk bangun. Lihatlah seperti apa yang berlaku dalam Munajat perdana…..bukan setakat orang tua malah kanak2 turut serta.

Bagaimana dengan saya???InsyaAllah, klip tadi membakar semangat saya untuk meningkatkan dzatiyah diri,,agar diberi kekuatan itu untuk bangun malam….kepada sahabat2 saya, ingatlah kita sudah faham banyak perkara, namun pastikan is terlaksana…jangan asyik beralasan..”alah, xleh buat harsh/berubah secara drastik…nanti cepat turun, xleh nak maintain, x konsisten”….benar itu sahabatku, tapi sampai bila??sampai mati menjemput kita??kadang2 kita perlu paksa diri dan selarikan dengan kefahaman dan keazaman, insyaAllah, Allah akan memberikan kekuatan kepada hambaNya yang mahukan kebaikan…BERUSAHALAH…

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya” [Al-A'raf:56]

dunia-hati.jpgAssalamualaikum bloggers sekalian…

Rasa nya lebih dari 2 bulan blog ini tak di up date. Maaflah, sedikit kekangan masa tidak memungkinkan saya untuk menulis. Maaf, terutamanya kepada Rohul Hayat yang senantiase menanti entry baru.

Alhamdulillah, cerita 2008 masih sama seperti tahun-tahun sudah. Kedatangan juniors baru, hiruk pikuk kota Sydney, kehadiran abg2 post grad baru, malah tidak kurang sahabat2 lama masih mencari-cari rumah baru. Cuma yang berbeza, kini saya sudah final year…hmmm…tahun yang mencabar dengan pelbagai tuntutan2 yang mesti di penuhi. Terasa banyak sangat tanggungjawab terpikul berbanding masa yang ada. InsyaAllah, semua itu merupakan suatu didikan untuk kehidupan saya yang mendatang.

Petang ini, baru sahaja habis induction untuk honours progam. Boleh tahan jugaklah presentation dari rakan2 lain. Semua projek hebat. Rase cuka pun ada. Tapi xper, still got one year to go. InsyaAllah, doakan saya di sini. Saya senantiase mendoakan anda semua.

Tidak ada apa yang menarik untuk di kongsi dalam entry kali ini. Cuma sedikit perkongsian buat sahabat seperjuangan yang sudah berwalimah summer yang lepas, dan yang akan berwalimah Jun ini dan Summer akan datang, dan buat diri saya terutamanya yang akan berwalimah hujung tahun (tapi x tahu hujung tahun bila..hehe). Moga menjadi perndorong kepada kita semua:

Sahabatku,

Setiap kali pertemuan, wajahmu membayangkan kesuraman

Jauh di sudut hati ini terungkit butir-butir persoalan…

Kiranya kau sudi untuk berbicara

Teruskanlah sahabatku

Kini hidupmu telah berteman…

Ku harapkan sumbangan darimu terus berpanjangan…

Demi membangunkan kefahaman dan kesedaran ummah ini…

Namun apa yang ku harapkan kiranya umpama…

Mengharapkan panas hingga ke petang…

Rupanya gerimis di tengah hari…

Ke manakah perginya janji sumoah setia kita bersama…

Untuk berbakti kepada din ini…..

Sahabatku,

Dengarkanlah! Tugas dan tanggungjawabku kini bukan lagi satu

Dulu aku bersamamu membawa diri yang satu…

Mampu bebas, bergerak sesuka hati…

Malah mampu korbankan masa dan tenaga…

Menyahut seruan Ilahi…

Kini aku berbeza,

Apa-apa yang terpikul di bahu, terpaksa ku fikirkan mampu tidaknya…

Kau memahaminya bukan???

Duhai sahabat,

Ke mana perginya sikapmu dulu?

Sikap yang ingin terus berjuang….

Sikap yang ingin terus berjuang…

Walau kini tanggungjawabmu kini bercabang..

Perkahwinan yang sepatutnya memarakkan perjuangan

kini menjadi batu alasan…

sahabat,

ku sedari hakikat itu.. tidak terlintas di hati ini

menukar perjuangan dengan perkahwinan..

janji ku pahat belum lagi aku lupakan

Namun aku tersepit antara dua persimpangan…

Perjuangan inginku ku teruskan,

Tenaga dan pengorbanan Islam masih ingin ku lakukan..

Tetapi kepada keluarga perlu juga ku beri perhatian,

khidmat bakti kepada mereka tak boleh kuabaikan…

kekadang hati ini merintih,

jiwaku menangis pedih…

Perjuangan tidak ingin ku gadaikan,

Malah ingin terus ku suburkan dalam dalam kehidupan..

Tetapi setakat manakah upayaku,

Kesibukan rumah tangga menjauhkan aku dari perjuangan…

Mengurangkan kesempatanku untuk menghulurkan sumbangan

Oh Tuhan, terlalu besar ujian-Mu kepadaku

Berbanding kesabaranku untuk mengharunginya

Perkahwinan bukan menjadi punca keciciranku,

Kerana ia subur dengan udara perjuangan

Kelemahanku wahai Tuhan…..

Kerana tidak mampu menghadapi dugaan ini

Berilah petunjukMu wahai Tuhan,

Agar aku tidak menjual perjuanganku dengan ikatan perkahwinan

Atau menggadaikan perkahwinan demi perjuangan.

Sahabatku,

Syukurlah kiranya hatimu masih hidup,

Cuba kau renungi akan peribadi orang terdahulu….

Betapa besar jiwa perjuangannya..

Di infakkan untuk islam

Hatta perkahwinan tak bias menghalang

Andai perjuangan dan perkahwinan berada di persimpangan,

Nescaya perjuangan menjadi pilihan.

Sahabat,

Apakah pemilihan yang seumpama itu yang mahu aku lakukan??

Tidak sampai begitu sahabatku,

Perkahwinan boleh kau manfaatkan

Isteri boleh menjadi sumber dorongan dan kekuatan

Jiwamu perlu lebih kuat dalam menghadapi

Tanggungjawab yang semakin berat

Keseimbangan perlu wujud agar kau tak terus larut

Kefahaman dari isterimu amat perlu

Juga kesediaanmu untuk berkorban

Berdoalah sahabatku agar kau diberi kekuatan,

Agar perkahwinanmu diberikan keberkatan dalam

Member sinar perjuangan

Terima kasih sahabatku,

Nasihat-nasihatmu amat menyentuh hatiku

Serta menghidupkan semula hati ini yang kian beku

Moga kesedaran ini belum terlewat buatku

Semoga ini suatu pengajaran buatku,

dalam memenuhi tanggungjawab yang ditaklifkan ke atasku

wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,

Engkau tidak akan membebankan hamba-Mu dengan apa yang

Tak mampu untukku lakukan

Justeru berilah ku kekuatan, kurnikan aku ketaqwaan

Agar dapat ku laksanakan segala tanggungjawab yang terpikul

Dengarlah wahai Tuhanku….!