Tiada guna detik-detik akhir ini dipenuhi dengan kemurungan, tetapi ia perlu di segarkan dengan semanga baru untuk ke medan baru. Akan tiba satu saat ku akan pergi jua jika tidak kali ini, maka bersedialah teman untuk tanggunjawab itu.  Sesunnguhnya perjalanan ini panjang dan sukar, namun beban ini di hiburkan oleh kata-kata indah. Terimalah lantunan syair dari seorang sodiq. Moga menjadi pengubat hati:

Bangunlah,

kita kembalikan keadilan pembimbing rasyidin

Bangunlah,

kita sambung semula dengan kehebatan datuk nenek kita para penakluk

Bangunlah,

kita musnahkan segala belenggu,

kerana masanya telah tiba.

Kerana manusia di timpa celaka ‘cinta’ dunia tanpa agama

Mari kita kembalikan umat,

sebagai rahmat bagi seluruh alam

Janganlah kamu berkata:Bagaimana?

Kerana kita adalah umat Islam

Wahai saudara Islam di semua tempat,

naiklah ke atas bukit dan laungkan lah azan

Angkatlah Al-Quran sebagai perlembagaan zaman

Penuhilah setiap ufuq dengan laungan:

“Kami adalah umat Islam”

Muslimun, muslimun, muslimun,

di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami

Kami rela mati daripada terhina

Alangkah manisnya kematian di jalan Allah

SahabatPilihan

November 27, 2007

 Sahabat merupakan cermin kepada kita, kerana itu Nabi SAW memberi amaran dengan siapa kita bersahabat. Banya saya melihat manusia yang ingin mencapai kebaikan tetapi masih tidak pandai memilih sahabat untuk di dampingi.Akhirnya, selepas beberapa kita, mereka ini hilang dalam arus Jahiliyah ciptaan mereka sendiri. Biah yang soleh sangat penting dalam pembentukan diri kita. Justeru, di sini terdapat 17 ciri sahabat pilihan kita. Marilah bersama menjadidan mencari  sahabat yang mempunyai ciri di bawah, agar kita terselamat di AKHIRAT:

  1. Takwa kepada Allah (Al-Ahzab:70)
  2. Berakhlak mulia (Al-Qalam:4)
  3. Senantias berbaik sangka (Al-Hujurat:12)
  4. Pemaaf (al-Hijr:85)
  5. Menutup cela dan aib saudaranya
  6. Selamat dari sifat munafik dan dengki
  7. Memiliki sifat malu
  8. Menjaga rahsia saudaranya dan menepati janji
  9. BAik tutr kata, menebar salam dan senyuman (Al-Furqan:63)
  10. Mengingatkan kepada kebaikan
  11. Tidak mengajak kepada kemaksiatan(Al-Maidah:2)
  12. Menceritakan kebaikannya di belakang
  13. Ziarah sahabat
  14. Selalu mendoakan dalam kebaikan dan menjaga keselamatan saudaranya
  15. Membantu kesulitan
  16. Memberi nasihat dengan ikhlas dan tersembunyi
  17. Lebih mementingkan saudaranya

Mengenangkan 3 tahun di sini, tetap ada detik-detik berharga yang akan ku ingati dalam hari-hari terakhir. Terutama 13 hari ini ternyata sangat berharga dan akan dihargaiku.

 

Sahabatku, demi Allah, tidak ada satu musibah pun

yang kekal dalam hidup ini

bagaimanapun beratnya

jika sesuatu menimpa

janganlah anda berasa tak berdaya kerananya

janganpula banyak mengeluh

kerana ia pasti lenyap,’

betapa banya orang terhormat

yang dulunya sering tertimpa musibah

namun ia tabah sampai musibah itu lenyap

dan meninggalkannya

dan saat kesabaranku muncul dalam musibah

maka musibah terasa ringan.

 

Hatiku terasa sedih saat menanggung derita

Namun terkadang kesengsaraan bagiku

Ada hikmahnya

Begitu banyak hari

Yang di awali dengan kesusahan dan kesedihan

Namun berakhir

Dengan kesenangan dan kegembiraan

Aku tidak merasa berat

Dengan kesusahan yang menimpaku

Kerana aku yakin

Akan ada jalan keluar di sebalik kesusahan.

Chapter5:TikaHarapanItu…..

November 25, 2007

Saat-saat berlalu semakin samar…hilang di balik kegelapan malam….Namun ku pasti…matlamat akhir itu jelas, dan jalan juga sudah terang….tetap ku redha dengan segalanya sekalipun harus menggenggam bara api.

Ali bin Syibl telah mengatakan dalam bait-bait syairnya:

Jika dirimu dilanda kesusahan

Bisikkanlah harapan yang menjanjikan kepadanya

Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang.

Perisailah dirimu dengan harapan

Agar tidak putus asa

Hingga kecemasannya lenyap di makan waktu.

Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu

Kerana di antara teman-temanmu

Ada orang-orang yang dengki

Dan senang dengan penderitaan orang lain.

Buangkanlah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu

Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan

Mati sebelum waktunya.

Kecemasan itu tidak selamanya

Mengongkong seseorang

Sebagaimana kegembiraan pun

Tidak selamanya menghiasinya.

Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal

Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini

Bagi orang-orang yang waspada.

Tatkala jemari ini menari di papan kekunci, hati mula menghitung hari-hari terakhir di bumi Sydney, walaupun masih ada lagi satu paper, namun bayangan tanahair sudah mula muncul di lensa fikiranku. Sedih dan sebak untuk meninggalkan bertuah yang sangat berjasa padaku. Tidak pernah ku rasakan sesempit ini kehidupan. Mengapa di saat kata-kata ini diukir, mutiara mula muncul di kelopak mata….Ya Allah, kurniakan sedikit lagi masa untuk aku berbakti pada umat ini….sedetik buat ku balas jasa yang pernah dicurahkan kepadaku….sesaat buat aku melihat perubahan dalam diri mereka…..Andai tiada kesempatan itu, ku hanya mampu berdoa agar Kau tetapkan mereka di jalan ini, moga mampu terlaksana tanggungjawab risalah itu….

Saat-saat akhir di sini, hanya kepada Allah hati ini bertaut. Dan diri ini lebih banyk berfikir, apakah yang mampu tinggalkan buat mereka. Ku harus manfaatkan detik-detik hidupku di sini untuk risalah ini, bukan untuk kehidupan di tanah air. Saat sedih ini, teringat ungkapan Ibrahim a.s. Bila di campakkan ke dalam api, “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, maka dinginlah api tersebut. Banyak lagi peristiwa sirah yang lain, moga ianya mampu memberi kekuatan kepada di hari-hari terakhir ku di sini.

Mereka mengira
adanya merpati dan labah-labah
yang berdiam dan merangkai sarangya di gua
sebagai petanda ketidakhadiran Nabi
Demikianlah
pertolongan Allah lebih memadai
daripada berlapis-lapis pakaian besi
dan megahnya benteng.

Syauqi berkata;
Ketika Tuhan
menampakkan pengawassnya terhadapmu
maka tidurlah
kerana setiap peristiwa yang terjadi
akan membawa ketenteraman bagimu

Firman Allah;
“…maka sesungguhnya kamu selalu berada dalam pengawasan Kami..” (Ath-Thur:48)
“…maka Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Yusuf:64)

Chapter3-UntukMereka

November 24, 2007

Aku tatahkan berlian di dalamnya

Hingga aku meninggalkannya

Bersinar tanpa matahari

Berkilau tanpa rembulan

Kedua matanya memancarkan daya tarik

Keningnya melengkung bak pedang dari India

Hanya milik Allah segala kebaikan

Di setiap kedipan mata

Di setiap desah nafas yang mengalir di leher

Di setiap tatapan

Tribute buat sesiapa yang ingin mencari ketenangan dengan pelbagai cara. The only way to achieve that state is by seeking from The Creator of ‘Ketenangan’. Back to ISLAM, insyaAllah:

Firman Allah:

“Sesungguhnya Kamilah yang menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah”(Al-Balad:4)

 

Dunia ini diciptakan penuh dengan kekeruhan
Sedang engkau meninginkannya bersih
Dari kekotoran dan kekeruhan

Iiya Abu Madhi mengatakan:

Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan

Bahawa engkau tidak punya apa-apa

Padahal bumi, langit dan bintang-bintang

Disediakan untukmu.

Begitu pula hasil pertanian

Bunga-bunga yang beraneka warna

Nan harum semerbak aromanya

Dan burung-burung tekukur yang merdu kicauannya.

Air yang ada di sekitarmu berkilauan bak perak

Dan mentari yang ada di atasmu

Bak emas nan menyala.

Suku nomad di lereng dan puncak bukit

Membangun khemah-khemahnya nan indah

Dan adakalanya mereka beralih ke tempat lain.

Dunia dengan segala keindahannya

Disajikan untukmu

Maka mengapa engkau bermuram durja.

Dunia pula tersenyum

Maka mengapa engkau tidak ikut tersenyum.

Jika engkau bersedih

Kerana kejayaan yang telah berlalu

Maka mustahil engkau dapat meraihnya kembali

Dengan menyesalinya

Atau engkau takut tertimpa musibah

Maka mustahil engkau dapat mencegahnya

Hanya dengan bermuram durja.

Atau engkau telah lalui masa mudamu

Maka jangan kau katakana bahawa zaman telah menua

Kerana sesungguhnya zaman tidak menua.

Perhatikanlah

Sampai sekarang masih bermunculan dari bumi

Pelbagai tumbuhan yang sangat indahnya

Hingga seakan-akan berbicara padamu.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyebut:

“Manakalä kamu meninjakkan kakimu di syurga maka kamu akan merasakan ketenangan.”

Maka ayuhlah sahabat, kita mencari jalan ke syurga untuk mencapai KETENANGAN YANG HAKIKI.Bagaimana? Gunakanlah masa selepas exam dengan taábbud kepadanya. Jangan buang masa dengan perkara2 yang LAGHA.

Dari Al-Mutanabbi dalam syairnya:

Jangan biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan

sepanjang roh masih setia menemani jasad.

Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu.

Terkadang datangnya kesedihan tidak boleh kamu tolak.

Sabda Nabi SAW:

Tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekali pun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapus dosa-dosanya. 

Moga dipermudahkan dalam segala hal.

MengemisKasih-Lirik

November 17, 2007

images.jpg

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

 

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

 

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

 

-Raihan-

InterView

November 17, 2007

Hari Jumaat saya telah di temuramah oleh penulis dari satu majalah wanita dari Malaysia dan sebuah stesen televisyen yang terkenal juga dari Malaysia. Mereka merupakan rombongan yang datang untuk melihat kehidupan muslim di Australia terutamanya pelajar Malaysia. Pada mulanya saya tidak tahu yang saya akan ditemuramah kerana hanya memenuhi undangan lunch dari Presiden ISOC(Islamic Student On-Campus Club) sebagai wakil ISOC menyambut delegasi dari Malaysia. Apa yang mencuit hati saya apabila kami sampai kepada bab2 kekurangan tempat di Uni buat pelajar Muslim untul solat Jumaat dan beraktiviti. Seorang wakil berkata, “Kenapa tak cukup?Budak2 makin islamic ke sekarang.” Mendengar hal saya geli hati tapi sempat juga berfikir, salahkah untuk menjadi islamic?Salahkah untuk melihat ramai anak muda kembali kepada Islam? Tapi pertanyaan saya hanya tersimpan di dalam hati. Sekurang-kurangnya saya fikir, mereka çoncern’untuk tahu apa berlaku pada Muslim di sini. Tetapi agak sedih kerana kesungguhan untuk wakil dari International Student Service (ISS) untuk potray kehidupan Muslim di Australian lebih bersungguh2 berbanding mereka dari Malaysia. Banyak soalan dari pihak ISS diajukan dan di rekod. Di sini saya dapat melihat cara dan áttitude’ dua kumpulan manusia berlainan akidah bekerja.

Moga-moga sedikit sumbangan saya dalam pembikinan video tersebut dapat menyumbang kepada pambaikan imej pelajar Muslim di mata masyarakat Australia dan dapat membantu Muslim community on campus mendapat perhatian sewajarnya dari pihak universiti. Wallahuálam.