Ukuran ilmu dengan AMAL

October 16, 2007

15754191957596l.jpgAssalamualaikum bloggers sekalian, diharapkan semua nya sihat walaupun makan pelbagai jenis makanan dalam beberapa hari raya ni. Saya sendiri dah pening2 makan banyak sangat rendang daging apabila menghadiri open house yang dibuat. Alhamdulillah raya tahun ni lebih meriah dari tahun lepas. Lebih meriah lagi kerana saya sendiri dapat menyambung amalan di bulan puasa walaupun sekarang di bulan Syawal. Dan itu yang sepatut nya berlaku. Taribiyah Ramadahan adalah persediaan buat kita untuk menghadapi 11 bulan mendatang. Penerusan amalan di bulan2 beikut nya adalah anatara indicator keihkhlasan kita dalam amal di bulan Ramadhan dan juga tanda Allah menerima puasa yang kita.

InsyaAllah sedikit peringatan buat diri saya sendiri tentang ilmu dan amal. Petikan dari kata2 Ibn Qoyyim;

“Hendaknya kita mengukur ilmu bukan dari tumpukan buku yang kita habiskan. Bukan dari tumpukan naskah yang kita hasilkan. Bukan juga dari penatnya mulut dalam diskusi tak putus yang kita jalani. Tapi…dari amal yang keluar dari setiap desah nafas kita”.(Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah)

 Suatu ungkapan yang sangat relevan dengan kehidupan kita. Andai diperhatikan, terlalu ramai orang yang banyak ilmu di dunia ini namun hakikat nya dia adalah seorang yang bodoh. Kenapa?kerana setinggi mana ilmu yang ada, jika tidak membawa kepada amalan, maka tiada berguna. Itu menunjukkan bahawa seseorang itu tidak memahami ilmu yang dia ada. Lihat sahaja ilmuwan barat, walaupun bertaraf Prof, namun masih tidak dapat mengenal Penciptanya.

Kadang-kadang dalam dunia ini, ada orang yang sangat cintakan ilmu sehingga sanggup berhabis duit membeli buku2 sehingga boleh wujud mini perpustakaan di rumahnya. Atau menghabiskan masa berjam2 membaca info2 di web. Semua nya dilakukan dengan reason untuk menambah ilmu. Hakikatnya, orang tersebut hanyalah mempunyai kepala yang besar yang sarat dengan ilmu. Tapi badan dan hati yang kecil kerana tiada nya rasa izzah dan kurangnya amalan. Walaupun beribu buku yang dibaca, walaupun tinggi ilmu yang dicapai, dia tetap statik. Tidak dinamik seperti mana sifat islam itu sendiri. Siapakah contoh oang yang banyak ilmu dan dinamik??

 Siapa lagi kalau bukan junjungan besar Nabi SAW. Baginda adalah orang berilmu yang dinamik. Dinamik di sini bermaksud beramal. Setiap ilmu yang di miliki berjaya diterjermahkan sebagai amal yang kolektif. Dan itu lah fitrah islam dan muslim itu sendiri. Kita sepatut nya begitu. Biarlah ilmu tidak setinggi mana, yang penting kita optimize dan maximize ilmu yang ada. Jadikan nya sebagai amalan. Ingat, umat ini perlukan seseorang yang mampu beramal. Bukan yang hanya duduk di kerusi empuk di mana-mana rumah atau library untuk membaca buku. Bukan tidak penting tapi yang lebih prioroti adalah bergerak untuk membaca dan menulis manusia.  Teringat satu sindiran seorang yang di zaman sahabat;

“Tak payahlah anda bersusah payah meninggalkan tempat kediaman untuk mencari sifat2 kelebihan. Tinggallah anda dalam rumah mengisis perut dan bersolek”(Al-Hatiah)

Sesungguhnya bagi orang yang jiwa nya sensitif tentang umat dan jelas matlamat nya, maka syair di atas mampu memnggugah nya untuk bangkit dan bergerak untuk beramal. Bangkit untuk duduk bersama sahabat yang ingin menyelamatkan maruah ummat ini. Bangun dari tempat tidur dan bergaul dalam masyarakat.

Moga2 apa yang tertulis ini mampu menggerakkan diri saya sendiri dalam beramal. Peringatan ini khas buat saya dan sesiapa yang merasakan dirinya masih tidur atau masih malas untuk bergerak dan beramal. Tinggallah kerusi, dan bersamalah umat yang memerlukan diri antum semua.

Moga bermanfaat. Wassalam.

Si baik hati

October 14, 2007

36933833646214l.jpg

Setiap saat kehidupan in berubah rupa dan warnanya,

Kadang kala ia tempat berteduh yang mendinginkan,

Kadang kala ia ibarat matahari terik yang menyeksakan,

Hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat,

Sementara masih ada masa,

Entah esok masih ada atau tidak.

    Susah menjumpai seseorang yang akan menghargaimu dengan sepenuh hatinya,

    Jika ada seseorang begitu; dialah yang terbaik buatmu,

    Peganglah tangannya, si baik hati itu

    Seerat yang kau mampu agar tidak terlepas pergi,

    Entah esok masih ada atau tidak.

Never realise when it goes,

But sad when it never comes back,

Mencarinya dengan hati yang suci,

lebih indah dari memiliki tapi tidak menghargai,

It comes without calls, it goes without reason,

Kejarlah die sebelum hilang dari pandangan,

Kerana hadirnya satu anugerah, walau tidak kau pinta.

    Kadang kala dirasakan diri sepi keseorangan,

    Hakikatnya, kami bersamamu di jalan ini,

    Moga terus berusaha membangun diri,

    Agar tidak kecewa di akhirat kelak.

Ana Uhibbukum fillah

(tribute to someone from Balai BombaMaran)

Nostalgia Syawal

October 13, 2007

 

eidmubarak5-copy.jpg

1 Syawal, hari untuk umat Islam menyambut kemenangan…hari yang sangat bermakna bagi Mukmin yang benar2 melaksanakan puasanya imanan wa tisaban….moga2 amalan kita di bulan Ramadhan tidak sekadar lapar dan dahaga malah mampu meningkatkan darjat kita ke tahap tertinggi dan menjadi individu yang lebih baik untuk mengharungi 11 bulan berikutnye sebelum Ramadhan akan datang.Taqaballahu minna wa minkum. Alhamdulillah, sekarang ketika tulisan ini di post, sudah pun masuk 2 Syawal…ada beberapa event pada hari ini yang saya rasakan menjadi nostalgia dan memberi pengajaran kepada saya..walaupun ade terselit satu kisah duka….

Event 1

Pertama kali solat sunat Eidul Fitr di surau uni, biasa nya solat di Malaysia Hall. Suatu kelainan di rasai kerana suasananya biasa2 sahaja, bukan kerana Brothers and Sisters dari negara lain tidak excited dengan Syawal, tp sbb pakaian mereka tidaklah sehebat orang Malaysia yang pernah saya lihat. Takbir nya pun tidak berlagu2 dan sayu, monotone tapi tegas boleh saya katakan. Memang sangat best. Itu lah kenapa Allah menciptakan pelbagai kaum di muka bumi agar kita berkenalan dan mempelajari budaya hidup mereka. Mungkin ini satu pengalaman menarik. Walaupn saya pernah mengalami pengalaman lebih menarik kita solat eidul adha di Melbourne. Bayangkan, terpaksa solat dengan saf yang cukup rapat, lebih kurang satu hasta jaraknya… bayangkan lah camna keadaan nya ketika sujud.hehe

Event 2

Selesai solat eidul fitr, masing2 berjabat dan berpelukan sambil mengucapkan Eid Mubarak..tidak kiralah kenal atau tidak. Di sebalik kekalutan orang ramai bersalaman, saya terlihat satu figure yang saya kagumi. Seorang sahabat dari Indonesia. Saya lihat, setiap kali dia memeluk dan bersalaman dengan sahabat2 nya, ada satu kelainan. Buat ikhwah tentu dapat bayangkan bagaimana pipi bertemu pipi semasa bersalaman. Begitu erat ddan penuh perasaan sekali ikhwah tersebut. Saya melihat dia menitiskan air mata, seolah begitu menyesali perbuatan salah yang mungkin dia lakukan terhadap saudaranya. Tapi, mengapa sampai begitu sedang orang lain penuh dengan tawa riang di Eidul Fitr. Saya cuba untuk selami nya dengan besalaman dengan beliau. Wah, begitu hangat dan mesra sekali. Terasa kesungguhan beliau memohon maaf zahir dan batin walaupun kira nya, tiada apa kesalahan beliau kepada saya. Saat itu saya tidak mengerti bagaimana perasaan itu boleh wujud dalam dirinya, mungkin juga kerana Ramadhan sudah berlalu, dan mungkin juga keihklasan beliau dalam bermaafan.. seperti mana kita menangis bila bersalaman dengan our parents. Namun apa yang pasti, itu satu pengalaman menarik yang tidak mungki saya lupakan.. mungkin after this i wll ask him about that…

Event 3

Seusai sahaja bergambar dan semua nya mula bergerak pulang, kelihatan seorang brother Arab mengemas2 tempat minuman dan tempat solat tadi. Kesian beliau, mengapalah saya tidak perasan beliau hanya melakukan seorang diri. Inilah hakikat menusia. apabila ada sesuatu program, semuanya bersama hinggalah ke akhir, tetapi sampai part2 mengemas, semua dah hilang. Bagi saya, akhir suatu program adalah apabila semuany dikembalikan ke tempat asalnya. Saudara Indo dalam event 2 td pun membantu la…di situ saya kagumi lagi beliau, maka saya dan sahabat seorang lagi pun bekerjasama membantu mengemas walaupun hanya tinggal sedikit sahaja lagi. Satu kata2 dari brother Arab yang menjadi pengajran dari event ini adalah”Everyone hold at the edge of this table, we will lift it together so that the weight will be distributed equally”. Hmm..teringat pula amal jamaie, brother ni faham amal jamaie ker?Mungkin..tapi kalau x sefikrah pun, itu konsepp yang common sense la..berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. Begitula yang sepatutnya berlaku dalam kehidupan kita. Tidak dapat tidak kita perlu hiduo bersama manusia lain. especially as a student, we live together with our friends, jadi kerja rumah dan sebagai nya perlu sama2 di buat walaupun each of us di sibukkan dengan pelbagai assignment. Semua tanggungjawab hendaklah dilakukan bersama. Apatah lagi kalau kita dalam satu bahtera yang ingin menyelamatkan. Maka amal jamie yang diperlukan bukan setakat 4-5 orang malah lebih besar. Mungkin sebuah negara. Hakikat nya, ia perlu dibentuk melalui amal jamie yng kecil seperti 2-3 orang tadi untuk mengangkat sebuah meja makan….Moga2 Allah mengurniakan saya taufik dan kepada bloggers sekalian untuk kita semua senantiasa hidup berkomuniti dan amal jamaie. Jangan biarkan amal jamaie hilang kerana ia boleh merosakkan ukhwah yang terbina apabila hanya seorang yang terpkasa membuat kerja dan memikul beban.

Event 4

Di akhir 1 Syawal, tiba2 duka menerpa. Baru perasan, dalam sehari beraya ni, rupa2 nya ada seorang yang saya tidak dapat beraya dan bermaafan dengannya. Terkilan kerana dia la orang paling lama saya kenal. Mungkin kesibukan menyebabkan hal tersebut berlaku, tapi apa salah nya di hari kemenangan ini untuk bersama2 menyambut nya bersama atau mungkin bersalaman dan bermaafan seperti sunnahnya. Tambah2 lagi, bila beliau pergi ke Majlis Open House tanpa mengajak kami. Tapi mungkin juga silap dari saya, sepatutnya saya make the first move untuk bermaafan tanpa menunggu beliau..semoga selepas ini saya melakukannya dan tidak bertangguh dan juga segan..Moga allah merahmati kami dan mengeratkan ukhwah.

Akhir kata, moga kehadiran Syawal tidak menghapuskan pahala yang kita kumpul di bulan Ramadan dengan melakukan perkara tidak sepatutnya seperti menaikkan pandangan, membazir dan makan terlalu banyak. Moga Allah memberi kita kekuatan untuk meneruskan tahajjud kita, tadarus kita, sedekah kita, hafalan kita dsb sehingga akhir hayat kita, bukan setakat Ramadhan sahaja.

1 2 kucing berlari….

October 11, 2007

life_decisions_sk.jpg

Tengah2 buat literature review, teringat pulak pada sebuah pantun Melayu yang pemuda2 zaman dulu gemari:

“1 2 kucing berlari,

mana nak sama si kucing belang,

2 3 boleh kucari,

mana nak sama si dia yang seorang”

Ada betulnya tu, memang banyak perkara yang kita perlu buat pilihan dan most of them hanya ada satu sahaja yang kita boleh pilih.Dan yang satu itu memang tidak akan sama dengan yang satu lagi. Mari saya bawa anda kepada apa yang saya maksudkan dengan bermain sedikit kosa kata. Kira macam uji minda la yer..

ARAHAN:

Pilih antara dua, bukan kedua-dua antonim berikut:

ALIM-JAHIL

AMANAH-PENIPU

BENAR-DUSTA

BERSATU-BERPECAH

CAHAYA-MALAP

DAKWAH-DAKYAH

DERMAWAN-BAKHIL

HALAL-HARAM

HAQ-BATIL

INDAH-BURUK

GHITBAH-HASAD

IMAN-KUFUR

ISLAM-JAHILIYAH

JANNAH-JAHANAM

JUJUR-SERONG

MALAIKAT-SYAITAN

MUSLIM-KAFIR

PAHALA-DOSA

RAJIN-MALAS

SEDAR-LALAI

SOPAN-SOMBONG

TAJDID-TAJADDUD

TERANG-GELAP

selamat membuat pilihan ya… =)

20070521125526_shadow-swimming-pool.jpg

Apabila memikirkan peribaratan dunia dan akhirat, teringat kisah yang pernah diceritakan kepada saya suatu ketika dahulu. mengenai perihal seorang lelaki yang berdiri di tepi jalan di malam yang gelap gelita, hanya diterangi oleh sebuah lampu jalan tergantung tinggi di sebuah tiang.

Ia mengisahkan seorang lelaki yang mahu menangkap bebayangnya. Lelaki tadi mengejar bayang-bayangnya, tetapi malangnya bebayang tersebut semakin jauh dan menjadi semakin panjang malah sudah semakin mustahil untuk dia mencapai bayang-bayang tersebut. Akhinya, tanpa dia sedari, dirinya mulai jauh dari satu-satunya cahaya lampu di jalan yang gelap. Dia kini menuju kepada kegelapan dan menghampirkan dia kepada kesesatan.

Tetapi, dia lantas tersedar lalu berfikir sejenak. Katanya, “Sekiranya aku berjalan menjauhi cahaya, bebayang akan menjauhiku. Tetapi sekiranya aku berjalan ke arah cahaya, bayang-bayang ini pula akan mengikutiku”.
Lantas, dia berjalan menghampiri cahaya, dan apabila lampu tersebut betul-betul berada di atas kepalanya, benar seperti fikirnya, bebayang tersebut berada tepat di bawah kakinya.

Inilah perumpamaan dunia dan akhirat. Dunia diibaratkan bayang-bayang tersebut dan akhirat adalah lampu tersebut. Sekiranya kita mengejar dunia, kita akan melupakan akhirat dan akhirnya kita akan terus terjerumus ke jalan yang tiada berpenghujung. Kita akhirnya lemas, lupa dan sesat di dalam ketaksuban kita dalam mengaut untung dunia.

Walhal, kalau kita membelakangkan dunia dan mengejar akhirat, dalam erti kata berkerja untuk mendapat redha Allah s.w.t., dunia akan dengan sendirinya mengejar kita dan akhirnya berada tepat di bawah tapak kaki kita menurut kemahuan dan kehendak kita seperti mana yang pernah dirasai oleh umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w., sahabat dan sealaf selepasnya. Dunia menjadi hamba kepada mereka dan bukan sebaliknya. Begitu juga perihalnya kita.

Saudara. Berapa ramai dari kita mempunyai keperibadian yang sebegini? Cuba kita tanyai dan amati berapa ramai daripada keluarga kita, masyarakat kita, pemimpin kita, mempunyai mentaliti sebegini. Islam tidak maju hanya dengan majunya politik, ekonomi atau kewangan atau majunya keduniaan.

Sebaliknya Islam akan maju dengan majunya Iman. Islam dan umatnya mundur dengan mundurnya Iman. Dunia akan mengikut di belakang kemajuan Iman. Bukan sebaliknya. Berapa ramai dari kita terkeliru dan tertipu dengan hakikat ini. Hakikat Islam akan maju dengan mengejar dunia.

“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah keseronokan yang memperdayakan” (Maksud Ali ‘Imran: 185).

 

Mengapa Mereka??

October 11, 2007

Aku merupakan seorang insan yang suka memerhati gelagat orang di sekitarku. Dan juga seorang yang suka bertanya mengapakah ini dan itu terjadi? Mengapa orang itu melakukan perkara-perkara itu? Dan bermacam-macam persoalan lain.
Seringkali persoalan ini timbul di sanubari ini, “Apsal diorang buat macam ni? pelik… betul??” Tetapi kadang-kadang diri ini juga yang menjawab balik persoalan tersebut, “Mungkin diorg tak tau kot? Mungkin..?” Tetapi lagi, bertambah kehairananku, bila orang-orang yang mempunyai latar belakang pengajian agama pun menjadi dalang dalam perbuatan-perbuatan tersebut. Bertambah-tambah lagi pertanyaanku:

Mengapa manusia yang dijadikan Allah dengan fitrahnya itu tetap melakukan maksiat dan dosa sedangkan secara fitrahnya ia tidak suka melakukan yang sedemikan itu?
“Mengapa..?”
“Mengapa..?”
dan “Mengapa?!?”

Aku mencari dan pencarianku itu berhasil…
Oh, mungkin sebab ini kot.
Padanlah diorang buat walaupun hati kata salah,
dan walaupun diorang tahu salah:

 

Dari Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amru al-Ansari al-Badri R.A. katanya, RasuluLlah S.A.W. telah bersabda:

“Sesungguhnya manusia mendapati sesuatu yang utama dari kalam nubuwwah: ‘Andai engkau tidak malu, lakukan sesuka hatimu’.”

[Bukhari]

 

>MALU??<

Artikel di bawah diambil dr website..maaf x jupe yg melayu nyer..hehe..moga bermanfaat

background

Haya’ can be translated as: modesty, shame, shyness or bashfulness, as pointed by Ustaz Jamaludin Zarabozo.
The word haya’ is derived from the word “al-hayah”, which means life, as if the person who has no haya’ (modesty) is like a dead person.

Islam encourages and treasures al-haya’ or modesty. It is one of the most important characteristics that each and every Muslim should acquire and posses.

The following are some hadiths which emphasize this great quality:

“Haya’ (modesty) and Iman (faith) are two that go together. If one is lifted, the other is also lifted.”
[Recorded by al-Hakim]

“Al-Haya’ is part of Iman.”
“Haya’ does not produce but goodness.”
[Recorded by al-Bukhari and Muslim]


Possible interpretations of the text

Due to the form of the text, it may be interpreted in many possible meaningful ways. Imam Ibnu Rajab pointed out two interpretations of the text according to early scholars:

First interpretation: If you have no modesty, then do whatever you wish and Allah will punish you for what you do.

This mode of expression is well known in the Arabic language, and it is used for threatening someone. This mode is used by the Qur’an in Surah Fussilat: ayat 40.

Second interpretation: If you are contemplating an act and it is an act such that there is no reason to be ashamed of doing it before Allah or the people, then you may do that act.

Modesty is used as a criterion over whether or not to do a certain act. The command here is in the form of displaying permission.

However, there is a valid third interpretation given by Ibnu al-Qayyam who is a scholar from the eighth Hijrah century. He is in the view that the command is not what is meant by this statement. Instead, it is a statement of fact. The meaning is: If a person does not have any modesty, then there is nothing to prevent him/her from doing anything.

Haya’ is one of the most important factors that keeps a person from committing a sinful act. If a person has no haya’, he/she will do almost anything.

 


lessons

There are two aspects of haya’ : Natural haya’ and acquired haya’. The later is attained as a result of knowing and realizing the Glory of Allah and His attributes.


There are many manifestations of haya’ as mentioned by Ustaz Jamaludin Zarabozo in his commentaries on the Forty Hadith:

  • Having haya’ towards Allah – a Muslim should feel ashamed to have Allah see him doing – or hear him saying – something that displeases Allah, especially when that Muslim is alone and out of the view of humankind.
  • Haya’ towards the angels – as they are noble and dignified creatures who witness the acts performed by humans.
  • Haya’ towards other humans – an essential characteristic that keeps people from harming one another and from performing indecent acts.
  • Haya’ towards the person him/herself – a person should be ashamed of him/herself when he/she performs acts that are shameful. If he/she notices that his/her haya’ level is low he/she should improve it by remembrance of Allah, getting closer to Him, and fearing Him.


This great concept of haya’ or modesty should be promoted through all possible means and at all levels and by everyone: educators, teachers, lecturers, parents, and du’at (preachers). It is unfortunate that today, and because of technology misuse, this great concept is threatened. Hence there is greater responsibility for the Muslim du’at, parents, educators, etc. to shoulder. The evildoers are promoting anything that distorts and corrupts haya’. Those people are taking advantage of the system where technology advancement is double sided. It is positive and beneficial on one hand, but it can be negative and destructive on the other. Muslims should learn, master and use Information Technology (IT) positively to promote what is good and beneficial. By mastering IT they should make deliberate efforts to be in control of it and minimize its negative destructive side such as by designing and producing filtering softwares.

The same thing can be said about the media, where it is entertainment oriented. Entertainment is taking new destructive directions which negatively affect the concept of haya’ a great deal. If haya’ is distorted, iman (faith) can be distorted too. The chances of committing sins and evil will be higher, and the chances of delaying or neglecting obligations will be higher as well. Even chances of committing crimes will be higher due to these new directions of entertainment, where crime, drug addiction, distrustful acts, and adultery are all looked at as means of entertainment. Semi naked bodies, songs that promote evil, etc. are aspects of new entertainment. Unfortunately, we Muslims borrow media material from the West without any kind of evaluation, filtering or classification. More instructions and guidelines are needed from media organisers regarding the nature of movies and TV. There should be programs for families’ awareness.


Haya’ can sometimes be abused as a justification for not doing something or giving up an obligatory act. For example, being silent or passive in the presence of falsehood or oppression for no reason except claiming haya’. Or using haya’ as an excuse for not encouraging good or discouraging evil. Unless, for both of teh above mentioned cases, there is another good reason for not doing these acts such as considering the most likely expected harmful consequences.

Another example of abusing haya’ is to use it as an excuse for not seeking knowledge. In many Muslim cultures this matter is confused and misunderstood where there is a proverb or cliché that says: “There is no modesty in asking questions in religious matters”. But this cliché is only practiced in a few certain sensitive issues. However when it comes to seeking knowledge in a classroom, the situation is different. Most Muslims become shy and use modesty as an excuse. Parents at home, teachers at school, even lecturers at Universities add to the problem where they may treat asking questions as a sign of not being modest. This attitude needs to be changed to the right, positive one.

Another example is using haya’ as an excuse for not doing what is correct and allowed. You know that something should be done and it is good and allowed or is even a recommended or obligatory act. However, you simply give up and do not do it because of a claimed haya’. Not giving sadaqah (charity) to a needy in front of others, not taking away a harmful material from the street or the path of the Muslims, or not helping or giving a hand to a disabled or an elderly person to cross the street are some good examples of this phenomenon.

 


conclusion

Haya’ or modesty is a great Islamic concept that leads to goodness and keeps a Muslim away from doing a bad or indecent act when its level is maximized. Treating bad actions, as shown by revelation, as evil acts and feeling ashamed of Allah to do it and ashamed of the community, are ways of acquiring haya’. Iman and haya’ are linked. When there is iman, there is haya’, and vice versa. All of us are borne with natural haya’. However it is subject to be spoiled due to environment and dominating ideologies. Technology misuse has its negative and destructive impact on haya’. Muslims need to be aware of such challenges and exert their effort to overcome them. Haya’ cannot be used as an excuse for not doing good deeds and acts.

 

Kita adalah pemimpin

October 9, 2007

islam_2.jpg

Rasulullah SAW bersabda,

Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinannya”

Umar bin Khattab berkata,

“Belajarlah kamu sebelum menjadi pemimpin”

Kita semua adalah pemimpin, minimum untuk diri kita sendiri. Begitulah dan bersyukurla, alhamdulillah. Mari kita lantunkan segala puji kepada Allah yang telah menganugerahkan fitrah kepimpinan buat kita, umat Islam, umat mulia, umat pertengahan, umat pilihan. Seperti doa yang selalu kita baca setelah solat,

“Ya Tuhan kami, anugerahilah kami dari isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (qurrata a’yun), dan jadikan kami imam (pemimpin) bagi orang-orang bertaqwa.” (Al-furqan: 74).

Begitulah hakikat kita sebagai pemimpin, namun suatu perkara yang perlu kita titik beratkan ialah persediaan kita untuk memimpin. Paling tidak memimpin diri. Mungkin saat ini Islam tidak memimpin dunia. Namun, matlamat kita jelas untuk menjadi order dunia yang baru. Kepimpinan itu hanya akan Allah kurniakan bila mana umat Islam telah bersedia untuk menjadi pemimpin.

Apakah persediaan anda?Tidakkah anda melhat bagaimana kejayaan tokoh2 terdahulu dalam kepimpinan mereka?Bagaimana Bilal menjadi muadzin Nabi? Bagaimana Khalid al-Walid mendapat gelaran pedang Allah?Bagaimana Sultan al-Fatih membebaskan Constinopel?Semua dari mereka mempunya satu persamaan..iaitu Tarbiyatul Islamiyah. Sebelum kita mampu untuk memimpin dunia, kita perlu ada kefahaman Islam yang cukup jelas.Kerana ini adalah salah satu elemen yang constantdan ciri terpentinh untuk memastikan iman kita senantiasa konsisten.Mungkin kita pemuda yang memnpunyai semangat yang tinggi apabila tersedar dari tidur atau lamunan kita, namun hakikatny, semangat itu akan hilang jika mana tiada tarbiyah. Hanya melalui tarbiyah yang berterusan dapta memastikan kesinambungan kita dalam memahami Islam.

Jadi, ayuhlah para pemuda, mari kita berusaha membuat persediaan sebagai pemimpin. Mari melangkah, meneruskan kerja para muasis dakwah generasi pertama yang meletakkan dasar kebangkitan, generasi kedua yang membangun manhaj, dan kita generasi ketiga membangun dan mengukuhkan sistem yang kukuh. IMPIAN SEMALAM, HAKIKAT HARI INI. Yang penting, komitmen kita terhadap matlamat ini.

Wallahu’alam.

Jendela untuk Bahagia

October 9, 2007

jendela.jpg

Imam Syafie rahimahullah mengatakan,

“Tiada seorang Muslim pun yang selalu taat dan tidak pernah melakukan maksiat kepada Allah. Tiada juga seorang Muslim pun yang selalu bermaksiat pada Allah dan tidak pernah taat kepada-Nya. Barangsiapa yang ketaatannya lebih tinggi dibandingkan dengan kemaksiatannya, dia sudah dikatakan orang yang adil. Apabila keadaan seperti itu dikatakan adil, maka pelakuan adil saudaramu untuk memenuhi hak dirimu itu lebih utama. Sebagaimana engkau diwajibkan mengekang lisan dari membicarakan keburukan saudaramu, engkau juga wajib mengekang hatimu. Yakni dengan meninggalkan sikap su’uzhan (buruk sangka)”.

Inilah sikap minimum seorang Muslim, dia membersihkan dirinya dari pelbagai penyakit hati. Jadi, perkara berikutnya ialah, apakah selama ini kita sudah mnjadi orang yang bermafaat pada masyarakat?Suatu persoalan yang kita sendiri tahu jawapannya. Di tengah kerosakan akhlak kebanyakan pemuda, adakah kita juga salah seorang dari mereka, yang mengundang banyak masalah kepada masyarakat dengan pelbagai masalah sosial. Kebahagiaan jiwa hanya akan lahir apabila kita mampu memberi kebaikan kepada orang lain. Menjadi seorang Muslim yang bermanfaat. Satu kepuasan jiwa yang luar biasa. Kehadiran kita untuk memberi solution bukan untuk membebankan. Dia bukan lilin yang menerangi sambil membakar diri. Tetapi dia ibarat air suci lagi menyucikan, peribadi shalih wa musleh.

Begitulah cara orang cerdas memahami dirinya sehingga senantiasa tahu “dashboard” keimanan dan display kehidupan yang terbentang di depan matanya. Maka apabila kita kalah dan gagal, jangan salahkan sesiapa, muhasabah diri kita, bagaimana solat kita, puasa kita, tilawah kita dan ibadah2 yang lain..adakah up to the standard yang ditetapkan oleh Allah.

InsyaAllah, sedikit kata2 di atas moga2 membnatu kita semua untuk mendapatkan kunci bagi membuka jendela kebahagiaan, menuju jannah Ilahi.

Ameen.

Di manakah tingkat anda?

October 3, 2007

Assalamualaikum wbt, sudah lama tidak menulis di blog ini..sedikit kesibukan menyebabkan penulisan tergendala..tup2..skang dh masuk 10 hari terakhir Ramadhan..sedihnye bile kekasih sudah mahu beredar…Anyhow, di pihak kita….apa hasil dari tarbiyah Ramadhan ini?adakah menjadi lebih baik atau sebaliknya?Mampukah kita untuk istiqamah di bulan2 yag lainnya?Mari kita lihat di manakha kedudukan puasa kita setelah hampir 21 hari berlalu….

Pertama: Puasa Umum (as-sawm-al- ‘umum)

Puasa orang awam yang sekadar menahan diri dari makan, minum, dan bersetubuh dengan isteri di siang hari.
Puasa ini sangat mudah kerana kanak-kanak tadika juga senang sekali disuruh berpuasa.
Tingkatan puasa ini tidak mampu untuk membentuk identiti sesorang menjadi muslim yang tawadhuk. Akhlak tidak dapat dididk dengan puasanya yang sebulan itu.

Kedua: Puasa Khusus (as-sawm-al- khusus)

Tingkatan kedua ini lebih tinggi daripada puasa orang awam.
Puasa khusus dapat menghindarkan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota zahir daripada segala bentuk dosa.
Tetapi, tidak dapat mencegah diri dari berfikir mengenai keseronokan dunia.

Ketiga: Puasa Khusus yang Khusus (as-sawm al-khusus-ul- khusus)

Ianya peringkat puasa yang paling istimewa, puasa golongan muqarrabin, iaitu golongan yang dekat dengan Allah s.w.t. Jiwa mereka, zahir dan batin mereka sentiasa bersih.

Merupakan puasa hati dan pemikiran dari segala maksud yang bersifat keduniaan dan menghindarkan hati daripada mengingati selain Allah swt secara keseluruhan.

Maka dengan itu para pembaca, sentiasalah kita cuba untuk mencapai tingkatan puasa yang dapat mendidik diri kita untuk menjadi hamba yang dekat kepada Tuannya.

Biar amalan dipertingkatkan sedikit demi sedikit, asalkan ianya konsisten.
Jangan sesekali didorongi nafsu untuk membuat perubahan drastik dalam mengejar amalan kerana dibimbangi perubahan itu nanti tidak berpanjangan.

Sama-samalah kita istiqamah dalam setiap amalan.
Wallahua’lam.