Bulan ketaqwaan

September 16, 2007

“Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (2:183)

Ayat di atas merupakan ayat yang selalu kita dengari dalam kuliah-kuliah Ramadhan atau apa sahaja majilis apabila Ramadhan kembali bertemu dengan kita. Namun sering kali kita tidak tahu atau memang sengaja tidak ambil tahu akan maksud di sebalik ayat tersebut. Bagi sesetengah dari kita, ayat di atas hanya menggambarkan satu kewajipan untuk kita berpuasa di bulan yang mulia ini. Namun apa yang terpenting yang ingin saya bawakan di sini ialah perkataan ‘tattaqun’ di penghujung ayat tersebut. Ayat yang menyeru kita menggunakan Ramadhan ini sebagai BULAN MENUJU KETAQWAAN.

Dalam dunia ini ada pelbagai jenis manusia yang pelbagai darjatnya:

1-Manusia biasa yang tidak Islam

2-Muslim; manusia yang mendapat hidayah untuk menganut islam

3-Mukmin;muslim yang beriman dengan sebenar-benarnya

4-Mukhlis; mukmin yang ikhlas dalam amalnya

5-Mukhsin; mukmin yang di dalam fikiran dari bangun pagi nya senantiasa memikirkan untuk melakukan kebaikan setiap masa

6-Muttaqin; mukmin yang mencapai darjat keatqwaan yakni darjat tertinggi di sisi Allah seperti firmannya, inna akramakum indAllahi atqakum…sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa.

Jelaslah di sini, Allah menjadikan Ramadhan ini untuk menolong hamba-hambanya yang beriman bagi meningkatkan darjat mereka, dari sekadar muslim yang biasa-biasa kepada mukmin yang bertakwa. Lihat bagaimana Maha Pemurahnya Allah SWT memberikan kita satu peluang untuk kita meningkatkan darjat kita..free of charge…yang tinggal hanyalah usaha kita untuk mencapai nya…dan antara perkara2 yang penting sebelum kita dapat meng’optimize’ Ramadhan ini ialah sejauh mana keimanan kita kepada Allah kerna seruan puasa ini adalah untuk orang-orang yang beriman. Ada sahaja di kalangan kita, yang iman nye belum sempurna kerana tidak lengkap elemen yang tiga iaitu meyakini dengan hati, membenarkan dengan lidah, dan membenarkan dengan amal. Jika salah satu nya hilag, maka rosaklah keimanan kita. dan ini boleh membuat jatuh nya darjat kita kepada munafik atau kafir. Nauzubillah min zalik.

Maka saya menyeru kepada sahabat-sahabat agar menggunakan sebaik mungkin peluang yang terhidang ini untuk meningkatkan darjat kita menjadi golongan muttaqin. InsyaAllah banyak ganjarannya yang akan saya kupas untuk posting akan datang. Sekadar itu sahaj untuk kali ini, moga Allah SWT memberi kesempatan kepada saya untuk terus menulis dan berkongsi ilmu yang saya ada, walaupun disibuukan dengan kerja-kerja sekolah yang banyak

Waalhu’alam

kedua kalinya

September 14, 2007

assalamualaikum, berjumpa buat kali kedua nya…hmm…di sebabkan sedikit kesibukan mid sem exam…post kedua untuk ramadhan hanya dapat saya lakukan lewat malam…dah nak masuk hari ke-3…tapi tidak mengapa…asalkan konsisten hendaknya..satu perkara atau elemen yang dari dulu saya bermasalah dengannya..

 

insyaAllah untuk kali ini…hanya sedikit perkongsian hadith dalam English, moga2 bermanfaat…insyaAllah amal yang sedikit dan konsisten lebih baik dari banyak yang sekali setahun…

 

In a hadeeth reported by Abu Hurairah (RA) the Holy Prophet has said: “My Ummah has been given five characteristic honors in the month of Ramadan, which have not been given to any other ummah before.


1. The smell coming out from the mouth of a fasting person is better with Allah than the smell of musk.


2. Fishes (in the water) keep praying Allah to forgive the fasting persons until they make iftar.


3. In everyday of Ramadan, Allah decorates the Jannah and addresses it saying, “It is not too far that my righteous servants shall throw away the burdens (of the worldly life) and shall proceed towards you.”


4. The rebellious satins are shackled in this month, and they cannot do in it what they do in other days (i.e. instigating men and women to commit sins.)


5. In the last night of this month, they (the fasting person) are granted amnesty.”.

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan

September 13, 2007

assalamualaikum, alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kepada Allah kerana masih menyampaikan diri ini kepada Ramadhan al-Mubarak.moga2 diri kita semua mampu untuk menjadikan Ramadhan kali ini penuh bermakna…moga2 ia menjadi bulan tarbiyah untuk kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah….insyaAllah sepanjang Ramadhan ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada agar kita semua mendapat pengisian berterusan dalam menajdi mukmin yang bertakwa..dan jangan lupa sampai-sampaikan lah kepada rakan-rakan yang lain =)

“Hai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu dari kamu agar kamu bertaqwa” (2:183)

Alangkah indahnya bagi jiwa mukmin apabila mendengar ayat tersebut, menantikan Ramadhan dengan hati yang penuh khusyuk dan tawadhuk. Bulan mulia yang dinanti-nantikan…bulan yang dipenuhi segala barakah. Bahkan hati-hati mukmin itu senantiasa berseru,”YA Allah Sampaikanlah kami di bulan Ramadhan“. Jiwa yang sensitif akan merasakan kelainan yang ada dalam Ramadhan dan senantiasa ternanti-nanti kerana inilah masanya untuk menambah ketaatan kepada Allah, walau apa jua keadaan, dengan komitmen Ubudiyah yang berterusan. RAmadhan yang penuh berkah harus kita jadikan sebagai momentum untuk menyelamatkan masyarakat dengan melakukan taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) melalui pelbagai aktiviti ibadah.

Dan saat ketikanya Allah menjadikan islam sebagai rahmat buat alam semesta; ketika Allah mengkehendaki umatIslam menjadi khairu ummah; ketika Allah mengkehendaki umat Islam memikul amanah untuk memimpin dunia; ketika Allah mengkehendaki umat Islam menjadi saksi bagi seluruh umat manusia, maka ketika itulah Allah mempersiapkan umat Islam sedemikian rupa, agar umat Islam ini layak menjadi umat terbaik. Elemen terpenting ini terdapat pada generasi-generasi terdahulu yang telah menguasai 2/3 dunia di saat kegemilangan Islam yakni-KETAQWAAN-

Justeru Ramadhan hadir di tengah-tengah kita dalam rangka menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik yang layak memimpin dunia. Oleh itu marilah kita memahami puasa di bulan Ramdahan sebagaimana diharapkan oleh Allah SWT agar kita keluar sebagai produk yang benar-benar terbaik dan berkualiti:

1- Self control month; Puasa suatu ibadat yang berkaitan dengan keimanan seseorang. Semuanya adalah antara kita dengan Allah, “Setiap amal manusia untuk dirinya sendiri kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Akulah yang membalasnya” (Hadith Qudsi). Oleh itu puasa disebut ibaadah sirriyah (bersifat rahsia) kerana boleh saje kita katakan kita berpuasa sedangkan sebenarnya tidak, tetapi Allah mengetahui. Sepanjang period puasa juga kita lebih banyak control diri dari melakukan sesuatu yang mana boleh mengurangkan pahala puasa atau membatalkan nya. Suatu cara terbaik untuk mengekang hawa nafsu. Justeru, patut kita fahami bahawa ianya tidak terbatas di bulan ini sahaja malah sepanjang hayat kita jika kita betul-betul memahami erti puasa ini. Ibadah sirriyah ini ini adalah sangat dekat denga keihkhasan kerana hanya kita yang tahu setakat mana kualiti puasa kita sedangkan orang lain tidak tahu. Inilah dikatakan bahawa puasa melatih kita untuk mempunyai hogh self-control attitude dalma diri. Kita tidak merasa di kawal oleh yang lainnya, tetapi terpenting sekali kita sedar bahawa kita dikawal oleh Allah SWT.

2-Obses kepada akhirat-puasa mendorong kita untuk lebih memikirkan tentang akhirat. Liaht sendiri bagaiman ramainya manusia yang beramal di bulan ini walaupun sebelunya, kita tidak pernah melihatnya di masjid-masjid atau majlis ilmu. Seolah-olah, ramadhan ini menjadi magnet untuk manusia melebihakan akhirat dari dunia. Di dalam Al-Quran sendiri menyebutkan nikmat dunia itu sebagai mata’ dan bukannya nikmat yang bermaksud sesuatu yang disukai oleh manusia, tetapi sedikit demi sedikit akan hilang. Oleh itu hendaknya kita gunakan Ramadhan agar hari-hari yang dilalui selepasnya, digunakan untuk mencapai matlamat akhirat yang kekal abadi melalui medium2 seperti harta, anak, isteri dsb. marilah kita berdoa “Ya Allah, jangan jadikan dunia dalam hati kami”. Doa yang sering dibaca tetapi dalam perbuatan, lain pula yang tergambar. Moga dipermudahkan.

3-Al-Hasasiyyah al-ijtima’iyyah  -Puasa melahirkan insan yang mempunyai kepekaan sosial yang tinggi.  Kepekaan-kepekaan kita terhadap nasib umat Islam di seluruh dunia, kepekaan kita terhadap pelakuan maksiat kita, kepekaan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan segala macam kepekaan-kepekaan nurai yang akan membawa kita dekat kepada Allah. Hanya hati yang dekat kepada Allah berhak menerima bantuanNya dan berhak untuk menjadi yang terbaik dalam memimpin dunia ini. Inilah kepekaan-kepekaan yang menaglir dalam diri kita semasa berpuasa sebagaimana dikehendaki Allah. Jangan pula kita merasa berat kerana Rasulullah SAW dan sahabat serta para tabi’in banyak menggunakan bulan Ramadhan untuk berjihad di jalan Allah seperti tergambar dalam sirah Perang Badar, Fathu Makkah da perang ‘Iinu Jaalut. Pasukan kebenaran yang sedikit ini mampu mengalahkan kebatilan yang besar. Oleh itu, anggaplah Ramadhan yanag kita sedang lalui sebagai wasilah untuk memberi kita kemenangan melawan hawa nafsu, kemenangan bangsa, kemenangan umat Islam mengahadapi krisis global dan kemenangan Palestin yang sedang dihenyak Yahudi.

Akhir kata, jadikanlah ramadhan ini sebagai momentum buat kita kembali kepada Allah sehingga mencapai kemenangan yang hakiki.

3 SELAMAT….

September 9, 2007

assalamualaikum sahabat2 sekalian.. bertemu lagi dalam minggu yang sibuk ini..bagi mereka yang dah mula bercuti untuk spring, selamat bercuti..bagi yang masih ada sesi persekolahan..teruskan berusaha…kali ini celoteh saya berkisar pasal 3 SELAMAT SELAMAT TINGGAL..SELAMAT DATANG..DAN SELAMAT KEMBALI…

sepanjang lebih 20 tahun melalui nikmat kehidupan yang Allah berikan..saya merasakan hidup ini tidak dapat lari dari 3 selamat tadi…ianya ibarat kitaran yang akan senantiasa menerjah dalam kehidupan kita…paling selalu adalah SELAMAT DATANG DAN SELAMAT TINGGAL….suatu contoh mudah, saya mengucapkan selamat tinggal kepada zaman kanak-kanak dan selamat datang kepada zaman remaja…kemungkinan tidak lama lagi saya akan mengucapkan selamat datang kepada alam dewasa dan selamat tinggal kepada zaman remaja…semuanya akan berlaku sebegitu rupa…sama juga kita mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada jahiliyah dan SELAMAT DATANG kepada islam yang syumul kamil dan mutakammil.

secara fitrah kita tidak akan KEMBALI kepada zaman-zaman yang telah kita tinggalkan…secara fizikalnya, tapi secara mental..ia mungkin berlaku seperti KEMBALI kepada jahiliyah..contoh mudah yang lain untuk SELAMAT KEMBALI adalah apabila kita berada di dalam suatu pasukan..contohnya saya berada di dalam pasukan hoki…jika tidak terpilih atau tercedera dan digugurkan dari skuad, saya akan tersisih sehinggalah pulih..kemudian dipilih semula…tatkala itu rakan-rakan mengucapkan SELAMAT KEMBALI ke dalam skuad…ataupun mungkin jika tersesat dalam mencari kehidupan, orang akan mengucapkan SELAMAT KEMBALI apabila kita pulang ke pangkal jalan….tapi ada sesetengah yang orang tidak mengucapkan SELAMAT KEMBALI kepada kita tetapi hanya SELAMAT DATANG yang layak bagi kita…sebagai contoh jika kita menolak suatu sistem yang ada atau apabila kita keluar dari suatu ’syarikat’…apabila kita memohon kerjadi syarikat itu, kita akan bermula dari bawah..di mana SELAMAT DATANGlah bagi kita…tiada istilah kembali…

bagi saya semua itu akan terus berulang sehingga akhirat..dan tatkala ini saya berada di level SELAMAT DATANG….selamat datang ke dalam kehidupan baru yang harus saya mulai dari bawah…kerana pernah suatu ketika kehidupan ini ku ucapkan SELAMAT TINGGAL…dan tidak pantas SELAMAT KEMBALI buat diri ini…kerana itulah hakikat yang harus diterima….dan rasa nya, tidak salah untuk kita bermula dari bawah….dan aku rela begitu….=)

terima kasih sahabat untuk ungkapan itu… @>—-

“SELAMAT TINGGAL..SELAMAT KEMBALI..SELAMAT DATANG”

 

Tak payahlah anda bersusah payah meninggalkan tempat kediaman untuk mencari sifat-sifat kelebihan. Tinggallah anda dalam rumah mengisi perut dan bersolek(Az Zabarqan bin Badar r.a)

Lepas baca balik rangkap sajak ini, mungkin saya kena fikir betul-betul adakah yang saya makan itu daruriat ataupun sekadar kamaliat…elaun naik saja, gaya kehidupan pun nak berubah…ubah sikit mungkin diterima tapi kalau dah banyak sangat makanan tambahan ,rasanya dah sampai tahap kamaliat tu…pastuh elaun rasa tak cukup, betullah sabda Nabi SAW, ‘manusia jika diberi emas segunung uhud pun tidak akan cukup’. Role model terhebat tentang perkara-perkara ni, ialah Nabi SAW…lihat bagaimana Baginda meletakkan minimum threshold buat ikutan sahabat dan umat ini…

Wallahu’alam

assalamualaikum bro and sis, hope everyone in the full strength physically and mentally to face the barakah motnth, Ramadhan al-Mubarak…anywhere let get to our topic for today…have you ever wondered why so many people were bright and beautiful as children, however, as they grew older thier innocence and beauty eluded them?Well wonder no more..i will share something from Shaykhul Islam Ibn Taimiyah to answer this. He explained to us:

“The person who is righteous and honest, his honesty is manisfest from the radiance on his face, and his honesty can be known from the glow that isn on his face, likewise the (opposite for the) sinful one and the liar. The older a persongets, the more this sign becomes apparent. Thus a peson as a child would have a bright face, however if he becomes a sinful person, adamant on committing sins, at the older stages in his life, an ugly face would manifest that he used to internalise, and the opposite is also true. it has been narrated that Ibn Abbas ra. said ‘Indeed righteousness illuminates the heart, radiates the face, strengthens the body, increases provision, and produces a love in the hearts of the creation for that person. Whereas sinfulness darkens the heart, grey the face, weakens the body, and produces hatred in the hearts of creation for that person.’

It is possible that a person may not intentionally lie; he may even be a person who makes great effort in ibadah and has zuhud (abstains from pleasures of this life that are lawful). However he has false, incorrect aqeedah reagarding either Alla SWT, His deen or His Messenger SAW or His righteous servants. And what is on the inside affects what is on the outside. Thus, this false, incorrect aqeedah that he thought was true and correct reflects on his face, and his face would be dark in accordance with the level of falsehood he possess. As it has been narrated that ‘Uthman ibn Affan ra said,’No one ever hides evil within themselves except that Allah makes it manifest from his facial outlook and the statements his tounge utters.’ Hence some of the salaf used to say, ‘If a person of innovation were to dye his beard everyday, the dye of innovation would remain on his face.’ On the day of judgement this would be very clear as Allas says,

“And on the day of Resurrection you will see those who lied againts Allah their faces will be black. Is there not in Hell an abode for the arrogant ones?”(Az-zumar)

He Ta’ala also said,

“On the day when some faces will become white and some faces will become black; as for those whose faces will become dark(to them will be said):”Did you reject Faith after accepting it?Then taste the torment for rejecting Faith.”(Ali-Imran)

Ibn Abbas and other said regarding this verse, ‘the bright faces will be ahlus-sunnah and dark faces will be the people of bid’ah and division”

Thats the answer from Ibn Taimiyah, and i hope with Ramadhan coming, we try our best to stop doing any sins and ask forgiven from Allah. May Allah gives us Taufik and hidayah. Wassalam.

Nota itu….

September 5, 2007

alhamdulillah…selesai sudah mid sem exam untuk biopharmateutical….ujian yang susah tp tidak sesusah ujian menuju jannah…dalam kelam kabut buat report dan studi untuk exam, laptop buat hal…dan sudahnya…akan tersimpan sampai summer laptop tersebut….recover hard disk sahaja…syukur dapat recover dengan pertolongan seorang sahabat…tapi terkejut juga sebab bersama hard disk yang di repair terdapat satu nota kecil

……………………………………………………………

BILL FOR HARD DISK REPAIR

1GB=AUD5

recover data=7.18GB=AUD35

additional charge;

-peak hour=+AUD10

-fast recovery=+AUD10

diskaun;

ikhwah fillah=unlimited

Total cost=AUD0

“Janganlah menunda pertolongan hanya kerana mengharap datangnya bukti tatkala saudaramu ditimpa musibah yang mengiris hati”

………………………………………………………………..

Kemas dan padat nota nya…syahdu hati ini membaca, sebagai balasan terimalah sajak ini wahai sahabatku;

sahabatku yang beriman

dirimu bagiku

bagai sebuah pohon yang rimbun

tempat berteduh mengecap ketenangan

hatimu bagai anak sungai yang mengalir

tempat berhenti menghirup kesegaran.

Senyumanmu

suatu yang kuhargai selalu

bagai embun membasahi jiwaku

yang gersang

membisikkan dorongan bagiku

untuk terus menghadapi dugaan Allah

bersama dada yang lapang.

Sahabatku yang beriman

akan kuhargai pertolonganmu

yang selalu kau hulurkan

dan sesungguhnya Allah

Dialah sebaik-baik Pemberi Balasan

dan akan kulafazkan selalu doa bagimu

yakni doa yang kau lafazkan selalu tatkala

kita bertemu

Salam sejahtera ke atasmu, ya sahabatku

dan rahmat serta kerberkatan Allah bagimu.

wsalam

Manusia dan bayang-bayang

September 3, 2007

Apabila memikirkan peribaratan dunia dan akhirat, teringat kisah yang pernah diceritakan kepada saya suatu ketika dahulu. Mengenai perihal seorang lelaki yang berdiri di tepi jalan di malam yang gelap gelita, hanya diterangi oleh sebuah lampu jalan tergantung tinggi di sebuah tiang.Ia mengisahkan seorang lelaki yang mahu menangkap bebayangnya. Lelaki tadi mengejar bayang-bayangnya, tetapi malangnya bebayang tersebut semakin jauh dan menjadi semakin panjang malah sudah semakin mustahil untuk dia mencapai bayang-bayang tersebut. Akhinya, tanpa dia sedari, dirinya mulai jauh dari satu-satunya cahaya lampu di jalan yang gelap. Dia kini menuju kepada kegelapan dan menghampirkan dia kepada kesesatan.

Tetapi, dia lantas tersedar lalu berfikir sejenak. Katanya, “Sekiranya aku berjalan menjauhi cahaya, bebayang akan menjauhiku. Tetapi sekiranya aku berjalan ke arah cahaya, bayang-bayang ini pula akan mengikutiku”. Lantas, dia berjalan menghampiri cahaya, dan apabila lampu tersebut betul-betul berada di atas kepalanya, benar seperti fikirnya, bebayang tersebut berada tepat di bawah kakinya.

Inilah perumpamaan dunia dan akhirat. Dunia diibaratkan bayang-bayang tersebut dan akhirat adalah lampu tersebut. Sekiranya kita mengejar dunia, kita akan melupakan akhirat dan akhirnya kita akan terus terjerumus ke jalan yang tiada berpenghujung. Kita akhirnya lemas, lupa dan sesat di dalam ketaksuban kita dalam mengaut untung dunia.Walhal, kalau kita membelakangkan dunia dan mengejar akhirat, dalam erti kata berkerja untuk mendapat redha Allah s.w.t., dunia akan dengan sendirinya mengejar kita dan akhirnya berada tepat di bawah tapak kaki kita menurut kemahuan dan kehendak kita seperti mana yang pernah dirasai oleh umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w., sahabat dan sealaf selepasnya. Dunia menjadi hamba kepada mereka dan bukan sebaliknya. Begitu juga perihalnya kita.Saudara. Berapa ramai dari kita mempunyai keperibadian yang sebegini?

Cuba kita tanyai dan amati berapa ramai daripada keluarga kita, masyarakat kita, pemimpin kita, mempunyai mentaliti sebegini. Islam tidak maju hanya dengan majunya politik, ekonomi atau kewangan atau majunya keduniaan.Sebaliknya Islam akan maju dengan majunya Iman. Islam dan umatnya mundur dengan mundurnya Iman. Dunia akan mengikut di belakang kemajuan Iman. Bukan sebaliknya. Berapa ramai dari kita terkeliru dan tertipu dengan hakikat ini. Hakikat Islam akan maju dengan mengejar dunia.

“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah keseronokan yang memperdayakan” (Maksud Ali ‘Imran: 185).

Mata pena….

September 2, 2007

“Kami adalah mata pena yang tajam

Yang siap menuliskan kebenaran

Tanpa ragu ungkapkan keadilan”

Moga diberi kekuatan untuk menulis yang bermanfaat…diri yang masih bertatih menggunakan penanya =)

WAHAI DIRIKU MENGERTILAH

 

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

 

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

 

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu’mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

 

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

 

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya…
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

 

Diriku,
Pada tawadhu’, pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

 

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

 

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

 

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN